Latest News

Sunday 30 November 2014

Akta Hasutan 1948 lwn Propaganda SSKM


SEHARUSNYA tiada rakyat yang khuatir berkaitan Akta Hasutan 1948 yang dikekalkan dengan penambahbaikan dengan memasukkan peruntukan khas berkaitan agama Islam dan agama-agama lain serta peruntukan mendakwa penghasut Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).

Akta itu fungsinya seperti penjara; kita tidak akan masuk penjara, jika kita tidak melakukan sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang.

Juga, kita tidak akan dibaham buaya, jika kita tidak masuk sungai buaya atau kita tidak akan dipatuk ular, jika kita tidak menganggu sarang ular.

Pokok panggalnya, akta itu tidak menganggu rakyat jika semua patuh kepada peraturan dan undang-undang dalam negara.

Dalam masyarakat yang semakin canggih atas sebab  dan dasar  serta kualiti pendidikan yang semakin canggih, aliran maklumat yang semakin cepat sehingga membuatkan dunia ini kecil maka ada rakyat yang mengambil peluang melakukan percubahan untuk menarik perhatian.

Biasanya, suatu yang jelek dan bermaksud menungkah arus itu, sering mendapat perhatian. Perhatian tidak semestinya dipersetujui namun naluri manusia kadang-kadang apabila membaca sesuatu yang berulang, lama-kelamaan akan percaya dan menerima. Ini sudah diketahui umum adalah meniru taktik orang Yahudi.

Propaganda yang dilakukan oleh SSKM pada mulanya tidak dirasakanpun. Namun, selepas beberapa orang secara tersusun mengulang-ulangi perkara-perkara bohong, akhirnya ada yang mempercayainya.

Kemajuan teknologi multimedia sehingga memungkinkan mereka mereka cipta/rekayasa sesuatu yang tiada kepada suatu yang nampak betul. Sesuatu yang hanya baru direka, boleh kelihatan seperti lusuh dan merupakan bahan sejarah yang lampau.

Penggerak SSKM mempergunakan informasi teknologi untuk menyebarkan pemalsuan fakta, mengulangi pembohongan itu seolah-olah suatu yang benar malah membuat catatan bahawa hanya mereka yang mempunyai dokumen seperti itu sambil mendakwa bahawa dokumen seperti itu disembunyikan untuk diketahui oleh sesiapa di masa akan datang untuk dibongkarkan.

Mereka mendakwa kerana hubungan baik mereka dengan negara asing, terutama kerajaan dan kerabat raja UK, maka mereka mendapat dokumen seperti itu.

Kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan yang mahu mengekalkan kutuhan negara demi anak cucu kita di mana perlu mengambil langkah-langkah pencegahan kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Akta pencegahan perlu ada dalam setiap negara malah negara maju seperti Amerika Syarikat mempunyai akta pencegahan yang turut meniru seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang dimansuhkan di negara kita.

Malaysia yang merupakan negara majmuk mempunyai pelbagai suku kaum, agama dan kepercayaan perlu ada suatu mekanisme undang-undang untuk mengelak pembangkitan sebarang unsur yang boleh menjurus kepada perbalahan.

Faktor agama merupakan faktor yang boleh mencetuskan huru-hara jika tidak ada satu peraturan yang melarang dan mempersoalkannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook