Latest News

Thursday 27 November 2014

AKTA HASUTAN TIDAK SAH? ...Ada apa dengan Akta Hasutan 1948?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
  (i) Akta hasutan tidak sah! oleh Blog Sabah and Sarawak Rights (screenshot)
(ii) Akta Hasutan ialah urusan Tanah Melayu oleh Sabah and Sarawak Rights (screenshot)
(iii) Akta Hasutan oleh Sabah Sarawak Keluar Malaysia - SSKM (screenshot)

ADA pihak-pihak tertentu, terutama yang dilatih oleh kumpulan SSKM, cuba memesongkan pengertian, bahawa Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah; atas sebab ianya merujukan kepada negeri. 

Sesiapa yang pernah membaca dokumen-dokumen sebelum Sabah merdeka pada 31 ogos 1963 tiada istilah yang merujuk Sabah sebagai nation=negara, melainkan state=negeri.

Akta Hasutan 1948, adalah akta yang digubal oleh penjajah British perlu ingat, Sabah, Sarawak, singapura dan Semenanjung dijajah British sehingga semua wilayah itu dimerdekakan.

Perlembagaan Malaysia digubal dibantu oleh pakar-pakar undang british. Dalam perlembagaan, telah dimasukkan, bahawa sebarang akta yang pernah digunakan dijajahan British, hendaklah terus terpakai, kecualilah dimansuhkan.

Akta Hasutan adalah sama dengan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) ianya terpakai sejak pembentukan negara sehingga ISA dimansuhkan pada tahun 2011.

Pihak-pihak tertentu yang dilatih SSKM, cuba mengelirukan pengertian mengenai akta Hasutan, bukan kerana mereka cintakan negeri, akan tetapi mereka telah dibayar oleh agen-agen asing berbuat demikian. 

Pengerak utama SSKM Doris Jones, sebenarnya adalah agen asing yang sudah dibeli kerana itulah sumber pendapatnnya.

Ada apa dengan Akta Hasutan 1948?

Penerangan


RAMAI yang keliru, kerana dalam "akta" itu ada tertulis "1948'. Mereka yang mempunyai niat tertentu, memang mudah mengelirukan sesiapa, atas sebab boleh sahaja berhujah "Malaysia dibentuk tahun 1963" "Tanah Melayu merdeka tahun 1957" mengapa masih guna akta tahun 1948?

Ini bukan sejarah, ini soal persetujuan. Pada tahun 1963, Perlembagaan Malaysia memasukkan apa-apa akta yang pernah digunakan sebelum merdeka, hendaklah terpakai, kecuali dimansuhkan. Seperti juga Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) akta itu peninggalan British, akan tetapi tetap terpakai, sehingga dimansuh selepas sahaja Dato Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Perlembagaan Malaysia (bukan Tanah Melayu)  digubal atas bantuan pakar undang-undang British atas sebab itu kebanyakan akta negara, hampir sama dengan akta-akta di negara komonwel kecuali akta-akta itu dimansuhkan.

Di sebabkan  Sabah  menyertai membentuk negara persekutuan, maka secara automatik, apa sahaja undang-undang atau akta yang diterima melalui perlembagaan, adalah terpakai untuk semua, dari Kangar hingga ke Kudat.

Pihak-pihak tertentu, cuba memesongkan pengertian, rakyat yang tidak mengikuti atau tidak membaca perlembagaan negara. Penulis yakin, daripada 27 juta penduduk negara ini, tidak sampai 10 peratuspun membaca perlembagaan negara sambil menghayatinya, kecuali mereka yang belajar undang-undang.

Adalah tidak betul sama sekali, apabila ada yang mengatakan Akta Hasutan 1948, hanya terpakai untuk Tanah Melayu. secara lojik, dakwaan itupun sudah mengarut, atas sebab apa? Tanah Melayupun merdeka tahun 1957.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook