TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Mentafsirkan Malaysia: Malaya bertopengkan Malaysia Oleh Blog Suara Sabah (screenshot1)
(screenshot2) (screenshot3) (screenshot4) (screenshot5) (screenshot6) (screenshot7) (screenshot8) (screenshot9) (screenshot10) (screenshot11)
(ii) Majlis Raja-raja Melayu vs SSKM Oleh Blogger Sabah Sarawak Merdeka (screenshot)
(iii) The 1963 agreement: Then and Now. Oleh FB Doris Jones (screenshot)
Isu ini pernah menjadi polemik suatu ketika dulu. Baik menerusi media arus perdana, mahupun di alam siber.
Soal
relevannya. Soal prinsipnya. Dan sama ada ia masih menjadi sandaran
dalam membuat keputusan atau tindakan pada hari ini. Pada prinsipnya
dalam hal ini tetap sama. Semua sama penting dan tidak diketepikan.
Apa
yang mencetuskan kontroversi sebelum ini adalah disebabkan perbezaan
pandangan. Masing-masing melihat dari kanta berbeza, sudut berlainan dan
mungkin dari sisi bertentangan. Mengikut perspektif masing-masing,
sama ada dipengaruhi sentimen politik, kepentingan peribadi, ideologi
mahupun jatidiri.
Sebagai
orang Sabah, kita perlu melihat perkara ini secara konsisten. Bukan
atas semangat parokial, tapi secara rasional atas kepentingan nasional.
Pimpinan
di peringkat Pusat termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
memahami semangat autonomi ini, jika kita amati dan perhalusi pendekatan
pentadbirannya. Gagasan 1Malaysia adalah manifestasi jelas.
Pengiktirafan 16 September sebagai Hari Malaysia adalah satu lagi contoh cukup terang. Betapa kedudukan Sabah dan Sarawak itu tidak pernah diasimilasi.
Berbalik kepada Perkara 20, Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Malaysia,
ia adalah fakta dan sejarah. Sememangnya termaktub dan tertulis dengan
jelas, sama ada sebagai dokumen memorandum politik atau perjanjian. Ia menggariskan soal hak-hak rakyat Sabah sebelum, semasa dan selepas bergabung membentuk Malaysia.
Dalam
konteks ini, kita harus membuka minda. Meluaskan pandangan, berfikir di
luar kotak. Bahawa semua ini terbentuk atau dibentuk bagi memenuhi
aspirasi gagasan.
Perkara 20 dan Perlembagaan Malaysia adalah dua 'dokumen' berasingan dan mempunyai matlamat serta justifikasi tersendiri.
Perkara
20 merupakan satu dokumen/memorandum yang sah dan ditulis dalam Laporan
Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) Bab 2 Perenggan 14. Manakala
Perkara 20 diwujudkan oleh pemimpin politik Sabah pada ketika itu
sebagai mewakili aspirasi rakyat Sabah semasa proses pembentukan Malaysia.
Perkara
20 merupakan memorandum yang dibentangkan oleh pakatan lima parti
politik utama Sabah kepada Inter-Governmental Committee (IGC) yang telah
ditubuhkan untuk mengenal pasti dan merangka draf Perlembagaan baru,
untuk Persekutuan Malaysia yang baru, dengan mengambil kira perlindungan dan kedudukan khas Sabah dan Sarawak.
Memorandum
20 Perkara ini merupakan perlindungan perlembagaan yang paling minima
yang pakatan parti-parti politik Sabah mahukan.
Wakil-wakil Sarawak juga telah bentangkan Perkara 18 mereka untuk tujuan yang sama.
Jawatankuasa
IGC sudah menggabungkan atau memasukkan perlindungan-perlindungan
Perkara 20 dan 18 ini bila mereka membuat pindaan-pindaan relevan
terhadap Perlembagaan Malaya ketika itu.
Semua pindaan-pindaan perlembagaan ini boleh dilihat di dalam Bab 3 Laporan Jawatankuasa IGC ini.
Dari
sisi undang-undang, Perkara 20 sebagai memorandum perkara-perkara
minima untuk perlindungan khas Sabah di dalam Perlembagaan bukanlah
dokumen undang-undang yang boleh mengikat atau berkuasa. Ianya cuma
relevan untuk menjadi bahan rujukan apabila Mahkamah tidak boleh
menafsirkan Perlembagaan Malaysia ataupun Perjanjian Malaysia secara tepat.
Artikel 8 dalam Perjanjian Malaysia
teramat penting kerana ia mewajibkan Kerajaan Malaya, Sabah dan Sarawak
untuk mengambil langkah-langkah perundangan ataupun eksekutif untuk
merealisasikan pengesyoran Bab 3 Laporan IGC (Lampiran A dan B)
sekiranya ia tidak dilindungi atau didapati dalam Perlembagaan Malaysia.
Oleh itu, sekiranya salah satu Perkara 20 tidak diambil kira oleh
Jawatankuasa IGC dan tidak tertulis di dalam pengesyoran Bab 3 Laporan
IGC, maka Perkara 20 tidak lagi relevan ke tahap itu.
Hak-hak yang termaktub di dalam Perkara 20 bergantung kepada Laporan IGC yang menjadi sumber asas untuk Perjanjian Malaysia dan seterusnya Perlembagaan Malaysia.
Secara contoh, salah satu Perkara 20 yang tidak direkodkan ke dalam
Laporan IGC merupakan Perkara No. 3 yang mengharuskan setiap pindaan
terhadap Perlembagaan Sabah perlu mendapat persetujuan rakyat (melalui
referendum). Namun ini tidak dilihat di dalam Laporan IGC. Maka dengan
itu, Perkara 3 ini tidak lagi relevan untuk masa sekarang.
Kita
seharusnya mengkaji Bab 3 dari Laporan IGC untuk mengenalpasti
pengesyoran mana yang belum lagi dikuatkuasakan untuk melindungi hak dan
kedudukan Sabah dalam Malaysia. Dan bukannya menguatkuasakan Perkara 20 kerana ia bukannya dokumen undang-undang yang relevan untuk masa kini.
Penulis
masih ingat, ketika isu 20 Perkara ini hangat diperdebatkan, susulan
kenyataan Datuk Dr Maximus Ongkili, saya pernah menyatakan betapa
pentingnya penerangan dan penjelasan diberi kepada generasi muda
mengenainya, untuk mengelak mereka keliru atau dikelirukan.
Ada pandangan mengatakan Perlembagaan Malaysia hanya wujud selepas Perjanjian Malaysia
1963 dimeterai, dan selepas Perkara 20 dipersetujui. Namun, melihat
kepada sisi lain, Perkara 20 itu hanya memorandum dan bukan perjanjian yang ditandatangani.
Penulis berharap dengan fakta-fakta ini, kita dapat membuat pertimbangan bijaksana, mana satu antara Perkara 20, Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Malaysia, yang perlu dijunjung.
0 comments:
Post a Comment