Latest News

Tuesday 25 November 2014

Apa Itu Royalti Minyak dan Peruntukan Daripada Persekutuan?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

  (i) Musa dan Rahman pernah berkata jumlah peruntukan...oleh FB page Luke James Stephens Biajin

Ada pihak-pihak tertentu cuba mengelirukan pandangan orang ramai berkaitan pengertian bayaran royaliti daripada Petronas dan peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan bagi negeri-negeri pengeluar minyak seperti Sabah.

Dua bayaran itu berbeza sekali! Ini kerana royalti hanya berasal daripada Petronas manakala peruntukan adalah daripada Kerajaan Persekutuan yang terkandung dalam Bajet Tahunan Negara.

Data menunjukkan bahawa purata royalti minyak yang diterima Sabah daripada Petronas adalah RM1bilion setahun, manakala peruntukan purata RM4.8 bilion setahun. Sebagai misalan pada tahun 2013 peruntukan yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Sabah sebanyak RM11 bilion manakala kutipan cukai daripada negeri itu hanya 4.2 bilion. Dengan angka ini, bererti kerajaan persekutuan memberi peruntukan jauh lebih tinggi berbanding cukai yang dikutip.

Selain itu, kerajaan persekutuan menanggung gaji para kaki tangannya yang bertugas di Sabah seperti tentera, pasukan polis, kastam diraja malaysia, jabatan pendidikan termasuk guru-guru. Bayaran untuk kakitangan persekutuan, penyelenggaran sekolah-sekolah, tidak termasuk dalam peruntukan yang disalurkan pada kerajaan negeri.

Maksudnya Peruntukan yang disalurkan kepada kerajaan negeri adalah wang yang masuk kepada perbendaharan negeri.

Bagi pihak-pihak yang cuba mengelirukan rakyat janganlah mempersendakan rakyat yang kurang pengetahuan berkaitan perkara ini kerana lambat laut akan diketahui juga kebenarannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook