Latest News

Thursday 27 November 2014

APAKAH SABAH DAN SARAWAK BEBAS KELUAR PERSEKUTUAN MALAYSIA?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
  (i) SABAH DAN SARAWAK BEBAS UNTUK MENINGGALKAN PERSEKUTUAN oleh FB Page GPRS(ii) SSKM keluar Malaysia? oleh Blog SABAH AND SARAWAK RIGHTS


ADA yang berhujah jika Sabah dan Sarawak bebas masuk Persekutuan Malaysia, maka adalah bebas untuk keluar. 

Ada juga yang berhujah, sebuah perkahwinan itu, boleh sahaja berpisah jika antara suami dan isteri tidak lagi saling bersefahaman.

Ada juga yang berhujah, Singapura telahpun keluar daripada Persekutuan; ertinya Sabah dan Sarawak juga bebas keluar.

Ada yang berhujah, bahawa Sabah dan Sarawak hanya perlu membuat resolusi melalui Dewan Undangan Negeri masing-masing, tidak perlu mendapat persetujuan daripada Raja-raja apatah lagi negeri-negeri lain di Semenanjung.

Di atas kertas memamglah demikian, tetapi; kata orang hati lain-lain.

Di Sabah dan Sarawak, kita mengetahui bahawa terdapat lebih 20 sukuan yang besar setiap sukauan mempunyai keinginan masing-masing. 

Jika dibenarkanlah Sabah dan Sarawak memisahkan diri, persoalnya siapa kah yang bakal menjadi Presiden? kerana setiap sukaan, juga mahu jawatan itu.

Pada masa ini, keadaan itu tidak berlaku, kerana ada faktor "check and balance" yang termaktub dalam Perlembangaan negera, khusunya Perkara 2.

Pemimpin terdahulu, yang membuat keputusan bergabung dengan Malaya membentuk Persekutuan Malaysia, memang berpandangan jauh, semata-mata untuk mengelak berlakunya perang saudara,  kerana  berebut untuk berkuasa.

Pemimpin Sabah yang berkorban untuk kerharmonian kaum, antaranya Tun Mohd Fuad - Beliau sanggup masuk islam, demi kerharmonian kaum dan juga untuk mempertahankan keutuhan negara Persekutuan.

Selain itu, Tun Mustapha, sebelum meninggalkan kita, beliau masuk PBS, sedangkan PBS masa itu adalah musuh bumiputera islam Sabah.

Pengorbanan para pemimpin terdahulu, adalah untuk mempertahankan kerukunan antara kaum yang banyak itu.

Mereka yang meniupkan perpisahan, bukan kerana cintakan negeri ini, melainkan mempunyai agenda penghapusan etnik, seperti mana yang berlaku di Bosnia suatu masa yang lalu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook