Latest News

Saturday 29 November 2014

BENARKAH MUSA PENGAMAL KRONISME?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) (screenshot)

TUN DR MAHATHIR mantan Perdana Menteri Malaysia pernah dituduh sebagai pengamal kronisme. Namun selepas diselidik, mereka yang menuduh itu sebenarnya adalah pelaku utama kronisme.

Demikian juga berlaku terhadap Datuk Musa Aman, sejak beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, pelbagai cerita yang direka, kononnya beliau pengamal kronisme.

Segelintir pihak tertentu mendakwa Musa mengamalkan kronisme. Mereka turut mendakwa kononnya beberapa projek yang terdapat di Sabah diberikan kepada kroni beliau. 

Perlu diingat bahawa Musa adalah seorang Ketua Menteri dan Menteri Kewangan negeri Sabah. 

Menurut tatacara kewangan negeri, setiap projek yang bernilai lebih RM1 juta, perlu mendapat kelulusan daripada Menteri Kewangan / Ketua Menteri. Manakala projek yang bernilai bawah RM1 juta kuasa diberikan kepada Menteri yang berkenaan. Pembantu Menteri Kewangan pula hanya berkuasa untuk projek yang bernilai tidak melebihi RM500,000. 

Merujuk tatacara kewangan itu, maka memang benarlah setiap projek yang bernilai melebihi RM1 juta, perlu mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan.

Untuk makluman bersama, siapapun yang dilantik menduduki jawatan Ketua Menteri / Menteri Kewangan (mungkin juga suatu hari nanti daripada pihak pembangkang) akan bertindak sedemikian rupa. Melainkan sekiranya tatacara kewangan negeri ditukar, di mana Ketua Menteri / Menteri Kewangan tidak dibenarkan meluluskan sebarang projek, sebaliknya projek terbabit perlu mendapatkan kelulusan daripada pegawai-pegawai kerajaan.

Perlu diingat, tidak ada kerajaan di dunia ini yang memberikan kebenaran kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk meluluskan projek di luar batas kuasanya.

Amerika Syarikat misalnya, sebarang perbelanjaan negara perlu diluluskan oleh Presiden. Demikian juga di Indonesia sebarang projek atau program perlulah diluluskan oleh Presiden.

Oleh kerana terdapat pihak tertentu yang melihat bahawa kuasa meluluskan projek di Sabah di tangan Ketua Menteri / Menteri Kewangan, maka mereka menuduh bahawa sebarang projek yang berjalan di negeri ini adalah kepunyaan kroni Ketua Menteri tersebut.

Pihak yang sering memohon sebarang projek kerajaan, sudah tentu mahir dan faham bahawa walaupun surat permohonan mereka mendapat tandatangan Ketua Menteri / Menteri Kewangan, namun ia tidak pernah mengandungi perkataan “diluluskan” melainkan “check” yang ditujukan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan. 

Setiausaha Tetap berkenaan akan memainkan peranan untuk menentukan apakah permohonan itu teratur dan lengkap. Seterusnya memberi makluman terhadap sesuatu permohonan samada boleh diluluskan kepada pemohon-pemohon.

Berlainan dengan projek-projek dari pihak swasta yang berjalan di Sabah, siapapun yang mempunyai syarikat yang berkemampuan, boleh melakukannya. 

Syarikat pelaksana adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap projek samada dari segi kewangan, pengurusan, penjualan dan sebagainya. 

Sekiranya, ada projek swasta yang kebetulan berkaitan Musa, ia kemungkinan hanya kebetulan sahaja. Sebagai sebuah syarikat swasta, ia tidak mengenali siapa Ketua Menteri dan kerajaan. Mereka hanya memberi tumpuan kepada keuntungan atau kerugian sebelum cukai yang dialami oleh syarikat melalui sesuatu projek swasta. 

Syarikat swasta mendapat sumber dana kewangan daripada bank-bank perdagangan. Tidak ada Ketua Menteri atau ketua kerajaan yang mampu mempengaruhi keputusan pihak bank untuk memberi kelulusan pinjaman kepada mana-mana syarikat.

Pihak terlibat yang sering menuduh Musa adalah pengamal kronisme, perlu menunjukkan bukti yang sah. Namun, penulis yakin bahawa bukti berkenaan tidak akan diperolehi kerana dakwaan tersebut memang tidak berasas dan tuduhan itu adalah tidak benar. 

Bayangkan selama 11 tahun sebagai Ketua Menteri, tiada seorang pun yang mampu tampil ke hadapan bersama-sama bukti sah untuk mendedahkan bahawa Musa mengamalkan kronisme. Pihak yang sering melemparkan tuduhan tersebut akan sentiasa menemui kegagalan kerana sememangnya Musa tidak pernah melakukan seperti yang didakwa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook