Datuk Seri Najib Tun Razak menegur perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 yang membangkitkan isu bahawa Umno tidak memerlukan undi kaum Cina dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).
Perdana
Menteri menegaskan, kerjasama antara parti-parti komponen BN yang mewakili kaum
Cina adalah sangat penting dalam menentukan kelangsungan politik Umno.
"Jangan
menang sorak, kampung tergadai. Pakailah akal sikit. Kenapa kita pertahankan
BN? Mesti ada sebab".
"Penting
bagi kita menjadi (anggota) BN tapi tidaklah sampai mengorbankan
prinsip-prinsip yang dekat di hati orang Melayu," katanya ketika
menyampaikan ucapan penggulungan pada PAU 2014 di sini, Sabtu.
Mengambil
contoh kemenangan BN dalam Pilihan raya kecil, Pengkalan Kubor baru-baru ini,
katanya, calon Umno, Mat Razi Mat Ail tidak akan menang tanpa sokongan pengundi
masyarakat Siam.
"Ketika
PRK Pengkalan Kubor, kita dapat lebih daripada 1,700 undi orang Siam. Bayangkan
kalau undi mereka pergi kepada pembangkang, kalah terjongkang (tersungkur)
kita," katanya.
Najib
turut menjelaskan bahawa solidariti yang beliau tegaskan semasa menyampaikan
ucapan dasar presiden dan menjadi antara topik perbahasan perhimpunan kali ini
bermaksud, 'bersatu dalam satu angkatan yang kukuh dan padu!'
Sambil
menunjukkan salinan akhbar terbitan 1 September 1957, Najib berpendapat
kata-kata Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman: "Look at
the past with gratitude, look to the future with confidence" (Lihat masa
lalu dengan rasa terhutang budi, lihat kepada masa depan dengan keyakinan),
masih relevan diguna pakai pada hari ini.
Kata Najib, keyakinan itu sebenarnya dibentuk hasil daripada perjuangan parti keramat Umno sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri turut menarik perhatian perwakilan akan peri pentingnya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus meraih sokongan kaum lain.
Katanya, tidak mungkin pemimpin negara terdahulu menubuhkan Parti Perikatan yang mewakili tiga kaum terbesar di negara ini yang seterusnya dijenamakan semula sebagai BN, jika ia tidak memberi faedah kepada orang Melayu.
"Sebab itulah penting bagi kita jaga BN, tapi tidaklah sampai mengorbankan prinsip-prinsip yang dekat di hati orang Melayu.
"Orang kata Melayu adil, tegas, kontrak sosial dan sebagainya itu kenapa? Sebab kita bukan hanya nak tengok soal pilihan raya, tapi nak bina sebuah negara Malaysia, negara bangsa yang berjaya," katanya.

0 comments:
Post a Comment