Latest News

Sunday 30 November 2014

HAK BUMIPUTERA DICABAR LAGI



TAHU sama tahu sahajalah! Walaupun sebelum ini dasar ekonomi baru (DEB) diperkenalkan dan tujuannya agar ekuiti bumputera boleh ditingkatkan kepada 30%, namun sehingga dasar itu ditamatkan, pemilikan ekuiti bumputera tidak dapat mencapai 20%.

Melalui model ekonomi baru (MEB) pemilikan bumiputera terhadap ekuiti dalam semua bidang masih lagi ditekankan. Namun belumpun model itu terlaksana, kaum Cina sudah mula mempertikaikannya. Hari ini Kongres Ekonomi Cina Malaysia menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai. Tuntutan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Tuntutan itu boleh dipersetujui oleh kerajaan melalui sistem situasi menang-menang. Kaum Cina, India dan bukan bumiputera perlulah mengurangkan pemilikan ekuiti lebih 80% yang mereka ada pada masa kini iaitu kepada 70%. Untuk itu, kerajaan perlu menggubal satu sistem bahawa bukan bumiputera tidak boleh memiliki ekuiti untuk semua bidang di negara ini melangkaui 70%.

Setujukah Kongres Ekonomi Cina Malaysia itu, jika bumiputera menuntut agar kerajaan menggubal satu dasar bahawa bukan bumiputera dihadkan pemilikian ekuiti mereka dalam negera ini?

Jika tidak, maka sungguh malang bagi kaum ini kerana mengungkit kontrak sosial yang selama ini diguna pakai di negara ini.

Sebenarnya kaum bumiputera masa kini merasa cemburu kepada tingkat pemilikan ekuiti bukan bumiputera namun demi keamanan dan senantiasa memelihara kontrak sosial seperti mana falsafah kemerdekaan dulu, maka kaum bumiputera menerimanya dan akur.

Jika bumiputera tidak lemah di negara bertuah ini, tidak mungkin kaum bumiputera berani mempertikai hak-haknya. Inilah mungkin diinginkan oleh para pemimpin bumiputera dan atas sebab itu mereka terus berpecah belah.

Umno telah menyedari perkara ini, kerana itu meminta Pas agar ada kerjasama antara parti Umno dan Pas demi bangsa dan kaum bumiputera. Namun, pelawaan Umno itu disambut dengan sinis oleh pemimpin Pas terutama Tok Guru Nik Aziz. Nik Aziz malah berkata, kerjasama yang dimaksukan Umno bukan untuk kepentingan Melayu atau bumiputera melainkan kepentingan Umno.

Kaum bukan bumiputera telah lama mengintai perpecahan kaum bumiputera. Apabila pada masa ini kaum bumiputera sukar disatukan, maka kaum bukan bumiputera terutama kaum Cina mengambil kesempatan itu.

Sungguh malang bagi kaum yang mendakwa inilah tanah tumpah darahnya, inilah tanah asal, di sinilah bumi dipijak dan langit dijunjung. Namun, telah kehilangan sengatan disebabkan karenah para pemimpinnya sendiri.


  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook