Latest News

Thursday 27 November 2014

Apakah Sabah Dan Sarawak Dilayan Sama Rata?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
  (i) Sama rata? bila projek-projek yang mega semuanya.... oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia

  

  JANGAN lupa di Malaya ada 11 negeri, setiap negeri ada bajet masing-masing. Sebelas negeri di Semenanjung berdekatan satu sama lain. Bayangkan besarnya negeri Pahang sama dengan satu kawasan Parlimen di Sabah, iaitu Kinabatangan; sementara Negeri Perlis, lebih kecil berbanding kawasan Parlimen Kota Belud.

  Luasnya wilayah Sabah dan Sarawak, meskipun peruntuntukan besar disalurkan, akan tetapi belum mampu membina infrastuktur yang cukup; kerana kawasan yang terlalu luas.

  Mengapa jalanraya begitu cantik di Semenanjung, khususnya yang bertol, sebabnya jalanraya itu selain berbayar, juga merentas antara negeri; di Sabah dan Sarawak pada tahun 2025, Transborneo di jangka akan siap.

  Tiada istilah pembohongan atau tiada istilah politik, semasa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan, bahawa antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebenarnya diberi layanan yang sama rata. Ertinya komitmen perkepala yang termaktub dalam perlembagaan terus disalurkan berasaskan negeri.

  Masuk akallah, kalau 11 negeri lebih banyak berbanding 2 negeri; akan tetapi, jangan lupa, bahawa komitmen persekutuan kepada Sabah 3 kali ganda berbanding sebarang cukai yang dikutip oleh agensi persekutuan; manakala pendapatan negeri adalah hak negeri persekutuan tidak masuk campur.

  Komitmen Persekutuan kepada  Sabah dan Sarawak  adalah daripada segi pendidikan, keselamatan, kesihatan; semua kos itu ditanggung persekutuan.

  Jangan kita terkabur dengan pembangunan pesat di Semenanjung, pembangunan itu berunsur bisnes; ertinya di mana ada gula di situ ada semut.  Premis perniagaan bagaikan pisang goreng di semenanjung, atas sebab apa? ramai yang mahu berniaga; kenapa ramai yang berniaga, sebabnya di Semenanjung cukup pelanggan, bayangkan daripada Johor hingga ke Perlis, belum termasuk pelancong. Sementara di Sabah dan Sarawak, selain jumlah penduduknya yang hanya 5 juta daripada 27 juta penduduk Malaysia; juga kawasan yang cukup luas. 

  Memang, fitrah Semenanjung, di Selatan ada Singapura dan di utara ada Thailand , sementara Sabah hanya di Pantai Barat sahaja ada potensial ekonomi sementara di timur, berdepan dengan negara jiran yang bergolak, sementara di Selatan, bersempadan dengan Indonesia, di mana kawasannya juga belum maju.

  Kemajuan sesuatu kawasan sangat terletak kepada pontensi ekonomi di kawasan itu; sebagai analog, meskipun kita mempunyai tanah atau rumah di kampung, tetapi ada yang sanggup tinggal di setinggan, kerana setinggan itu berhampiran dengan sumber pendapatannya.

  Atas sebab itu, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Bn, telah mengwujudkan SDC di Sabah dan SCORE di Sarawak, tujuannya agar berlaku pemerataan pembangunan antara wilayah. Untuk skala kecil, projek agropolitan, mesej diperkenal tujuannya tidak lain adalah untuk mempercepat keseimbangan pembangunan antara wilayah atau kawasan.

  Jangan melihat kepada jalan raya terpencil yang belum berturap, di kawasan bandar, kerana kawasan itu sebenarnya tidak berpenghuni di hujung sana, satu kawasan tanah yang luas dimilki oleh tauke-tauke; kerana telah membeli tanah-tanah itu daripada penduduk kampung.

  Di sebabkan tauke-tauke ini berduit, maka memeliharalah macai-macai untuk menguar-uarkan keadaan seperti itu, kononnya tidak dibangun oleh kerajaan. Sebenarnya kerajaan tahu benar apa keperluan rakyat; kerana kerajaan mempunyai mata, tangan dan telinga untuk merakam keperluan rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook