Latest News

Tuesday 25 November 2014

Doris Jones Agen PENJAJAH!!


KALAU ANTI FITNAH SABAH ditanya, sebenarnya impak SSKM itu tiada. Kegiatan mereka itu hanya sementara atas sebab perkara-perkara semasa yang mereka cipta.

Sesuatu perkara yang bersifat bohong hanya sementara, sirnalah pembohongan itu kalau fakta sebenar diketahui.

Sebagai contoh pembohongan semasa PRU-13, pakatan Rakyat menyebarkan fitnah sewaktu diambang pengudian bahawa BN membawa masuk 40,000 pengundi Bangla. Demikian juga pembohongan berupa lakonan yang kononnya SPR menipu kerana mengira kertas undi dalam keadaan lampu padam.

Pengerak utama SSKM adalah orang yang tinggal di luar negara dan bersandar kepada orang asing. Tindakan mereka itu sebenarnya berdasarkan kelakuan IDEOLOGI mereka yang telahpun dijajah oleh orang asing. Bagi rakyat yang celik mindanya, tidak mungkin dapat menerima bahawa orang asing menjajah semula.

Orang-orang tua kita sudah tentu ada menceritakan kehidupan mereka semasa dijajah. Keadaan itu sungguh mengerikan.

Cuba tanya di antara kita, Sudikah kita bertuankan orang asing? Sudah tentu tidak.

Lihat sahaja gambar-gambar yang di'post' oleh Doris Jones iaitu penggerak utama SSKM. Dia diapit oleh orang-orang asing! Apa ertinya itu? Orang-orang asing itu sudah tentu berfikiran bisnes. Kalau SSKM berjaya, maka untung baginya!

Semasa penjajahan, semua hasil mashyur negeri ini dibawah keluar. Bukan itu sahaja, rakyat asal negeri ini hanya layak sebagai tukang kebun bahkan tidak layak menjawat sebagai pengawal.

Mereka yang menyokong SSKM sebenarnya, mereka yang mahu rakyat yang masih mundur sebagai tukang kebun dan kuli.

Rakyat Sabah dan Sarawak ramai yang sudah maju, baik minda mahupun fikiran. Atas sebab itu,  langsung tidak terpengaruh dengan dakyah pembohongan oleh aktivis SSKM kerana mereka tahu dan faham SSKM ditaja oleh pihak-pihak tertentu atas urusan bisnes.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook