Latest News

Friday 28 November 2014

Kayu Balak Sabah? Tuduhan liar terhadap Ketua Menteri Musa Aman??

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
  (i) Kayu Balak Sabah?? Musa Aman tolong tengok? oleh FB Page 1 Suara Sabah


SEJAK tahun 2003, tiada lagi lesen balak baru dikeluarkan oleh kerajaan Negeri pimpinan Datuk Musa Haji Aman.  Malahan, konsesi pada syarikat-syarikat balak yang luput masa, tidak lagi diperbaharui.

Pembalakan di Sabah hanya dilakukan oleh Yayasan Sabah dan syarikat konsesi di mana lesen mereka masih sah.

Yayasan Sabah meneruskan pembalakan untuk memenuhi permintaan tempatan termasuk permintaan kayu lapis, perumahan dan keperluan rakyat yang membina rumah kayu.

Pendapatan negeri daripada balak tidak sampai pun RM200 juta berbanding sebelum mencecah berbilion-bilion ringgit.

Pembalakan di Sabah dikawal ketat bukan sahaja oleh pihak Jabatan Hutan akan tetapi melibatkan SPRM.

Pembalakan curi tidak akan terang-terangan membawa balak seperti mana ditujukkan dalam video itu. 

Lori-lori yang membawa balak yang tertutup habis itu menunjukkan bahawa kayu-kayu itu telah diproses di kilang-kilang papan yang mempunyai lesen.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook