Latest News

Wednesday 26 November 2014

Kemelut SAFMA



KEMELUT pemilik Boat Kota Kinabalu (KKBOA) dengan syarikat yang dilantik SAFMA (Safma adalah anak syarikat Ko-nelayan) dan Ko-nelayan adalah Badan Berkanunan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri, dan menterinya Timbalan ketua Menteri Datuk Yahya Hussien.

Isu pendaratan ikan, di jeti Safma, bukan perkara baru, telah bermula sejak penubuhan syarikat itu. Pemilik boat, menganggap, bahawa jeti yang dibina adalah untuk kemudahan mereka, seperti juga jeti-jeti di luar bandar dan seperti juga jalan raya; mereka bebas menggunakannya, meskipun kenderaan itu tanpa cukai jalan.

10 tahun pertama pembinaan jeti Safma, pendaratan di jeti itu tidak mengenakan bayaran apa-apa dengan kata lain, percuma. Tujuannya, agar pemilik boat yang rata-rata orang kaya digalakan mendarat di jeti itu dengan tujuan serampang  dua mata. Air dan diesel boleh mereka beli  daripada syarikat milik Ko-Nelayan itu.

Para pemilik boat besar biasanya mempunyai logistik sendiri sebelum ini, daripada  supply diesel hinggalah kepada ais, malahan mereka mempunyai jeti sendiri di depan Hotel Hyatt sehingga berdekatan dengan pejabat Jabatan Marine Kota Kinabalu.

Tahun 1995, satu mekanisem telah dilakukan, iaitu satu peraturan baru, daripada Jabatan laut, bahawa tiada lagi kawasan boleh mendaratkan ikan di kawasan Kota Kinabalu, kecuali di jeti Safma alasan Jabatan Laut, ketika itu demi kesalamatan mereka sendiri, kerana kawasan yang digunakan mereka adalah laluan kapal dagang.

Melalui peraturan itu maka tercapailah tujuan Safma membina jeti yang menelaan jutaan ringgit dimana kos membinanya bersumber daripada pinjaman daripada Asian Development Bank yang beribu Pejabat di Manila.

Bermula pada tahun 1990, bermulalah kutipan pendaratan ikan, di mana caj tergantung kepada saiz kapal. Oleh sebab penguatkuasaan masa itu, sangat ketat, setiap boat yang tidak membayar caj pendaratan, tidak akan dibekalkan diesel atau ais dan mereka tidak dapat membeli daripada luar, atas sebab semua barangan itu dilarang masuk di premis Safma. Jika mereka melakukan di tempat lain, jabatan Laut dan marine akan bertindak.

Memang ada unsur pemaksaan, atas sebab pemilik boat yang rata-rata orang kaya, tidak mahu membayar apa-apa caj, dan mahu mengaut keuntungan sahaja.

Melalui perkembangan itu, mereka membentuk persatuan dan kini menjadi KKBOA. Dahulu semua ahli persatuan itu adalah pemilik boat tempatan, kerana lesen luar tidak dibenarkan beroperasi di Sabah.

Entah apa yang berlaku, kini pemilik-pemilik boat adalah orang-orang kaya daripada Sarawak dan Semenanjung; kejadian ini, kemungkin besar, pemilik tempatan telah menjual boat-boat mereka kepada pemilik-pemilik baru.

Seperti yang disebutkan, bahawa pemilik boat adalah orang-orang yang berduit tidak turun ke lautpun, tidak mempengaruhi poket mereka.

Para tauke boleh membayar gaji serang atau anak kapal mereka berbulan-bulan tanpa turun ke laut.

Kini, dipercayai, bahawa pemilik-pemilik kapal itu merupakan penyokong atau simpatisan parti pembangkang terutama DAP. Mereka berhujah, lebih baik memberi sumbangan kepada DAP daripada membayar kepada SAFMA; kerana syarikat itu adalah GLC kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook