Latest News

Sunday 30 November 2014

Konsep BN Ditiru Pakatan Rakyat




JIKA konsep Barisan Nasional (BN) memudaratkan rakyat dan negara, mengapa DAP, PAS dan PKR bergabung sebagai Pakatan Rakyat (PR) mengikutinya?

Memang konsep BN hampir berjaya kerana pada PRU-12 dan PRU-13, tiga (3) parti itu mampu menidakkan kuasa 2/3 penguasaan BN di Dewan Rakyat, malah mampu merampas beberapa negeri di mana sebelum ini dikuasai oleh parti Bn.

Namun, kegagalan tiruan mereka dapat terlihat melalui kemelut Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Ekoran daripada kegagalan itu, hingga kini DAP dan PKR gagal mempengaruhi Presiden PAS untuk ikut serta dalam sebarang Mesyuarat Majlis Presiden tiga parti itu.

Konsep Pakatan Rakyat dalam meniru perkongsian kuasa BN adalah saling mempergunakan antara satu sama lain dan yang paling ketara adalah DAP berjaya mempergunakan PAS.  Ini hakikat yang boleh kita lihat sendiri.

Pas dianggotai oleh kaum Melayu dan beragama Islam. Ini bermakna, Dap yang 99 peratus dianggotai oleh kaum Cina itu berjaya memperalatkan Melayu dan Islam untuk mendapat kuasa dan seterusnya mempergunakan kuasa itu menindas Melayu dan Islam amnya, di negeri-negeri yang dikuasai parti itu.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook