Latest News

Sunday 30 November 2014

Kontrak Sosial Jangan Dipertikai



Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak  yang asalnya hanya dihuni oleh orang Melayu dan bumiputera  telah berubah ekonomi serta politiknya akibat dicorakkan oleh dasar penjajah.

Penduduknya hari ini berbilang kaum dan tanpa penyatuan nasional yang dimapankan, pemahaman berkaitan perlembagaan, manipulasi mudah saja dilakukan.

Menyedari situasi ini, kontrak sosial menerusi perlembagaan persekutuan  tidak wajar dibahas atau dipertikai secara terbuka kerana impaknya berisiko memporak-perandakan keharmonian, sekaligus menukar perpaduan sedia ada kepada cabaran paling getir. 

Hakikatnya, kesediaan mewujudkan kerajaan demokrasi bukan keputusan mudah. Malah, ia adalah pengorbanan radikal orang Melayu dan bumiputera  sebagai masyarakat peribumi.

Bagaimanapun, hasil tolak ansur dan kesepakatan yang dicapai UMNO, MCA serta MIC menerusi perjanjian yang dimeterai perlembagaan Persekutuan, beberapa perkara dimaktubkan termasuk kesediaan orang Melayu dan bumiputera mengubah status tanah tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian melalui pemberian kerakyatan kepada orang Cina berkongsi kuasa politik.

Justeru, sewajarnya kedudukan orang Melayu/bumiputera dihormati dan realiti ini perlu diterima setiap rakyat Malaysia disamping hak kaum lain kekal dipelihara.

Kontrak sosial melalui pelaksanaannya berteraskan semangat mendalam dan ia terbukti berkesan memelihara keharmonian kaum sehingga hari ini.Berikutan itu, ia wajar dilindungi!

Hakikatnya, mengekalkan perpaduan adalah proses rumit dan ia hanya akan boleh dijayakan jika rakyat memahami kepentingan menyuburkan toleransi tanpa syak wasangka, curiga-mencurigai dan sikap pentingkan diri sendiri. Pendek kata, di mana bumi dipijak, di situlah langitnya kita junjung. Hidup di Malaysia hari ini bukan sekadar menjadi bumi yang dipijak tetapi inilah bumi tempat tumpahnya darah kita. Lebih 27 juta warganegara yang sudahpun waktunya bangkit merealisasikan penyatuan nasional demi Malaysia hari ini dan lebih penting Malaysia masa depan.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook