Latest News

Saturday 29 November 2014

Malaya Tidak Mungkin Rampas Tanah Sabah dan Sarawak


MEREKA yang mendakwa bahawa tanah Sabah dan Sarawak di rampas oleh Malaya adalah satu dakwaan yang amat bodoh. Bayangkan penduduk Malaya masuk Sabah dan Sarawak kena membawa passport malah jika ada penduduk Semenanjung yang pesona non grata di dua negeri ini, maka dia dilarang masuk.

Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa mutlak terhadap tanah dan sumber alamnya termasuk kemasukan ke negeri itu; sama ada sebagai pelawat atau tujuan tertentu.

Sesiapa yang pernah naik kapal terbang di lapangan terbang di negeri-negeri di Semenanjung, di mana penerbangan itu adalah antara negeri, pernahkah anda diperiksa di kaunter imigresen? Namun, sekiranya anda terbang di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan sebelum boleh masuk pesawat, anda kena melepasi kawalan imigresen terlebih dahulu.

Dakwaan kumpulan SSKM, kononnya Malaya merampas tanah-tanah bagi dua (2) negeri borneo ini adalah tuduhan liar dan berniat jahat.

Mereka bercakap bukan berasas fakta sebenar, akan tetapi mengkhayal sesuatu yang tidak wujud alias palsu.

Sabah dan Sarawak dari merdeka diperintah oleh rakyat tempatan, tidak pernah berlaku bahawa kerajaan dikuasai daripada mana-mana negeri  kecualilah semasa penjajahan yang diperintah oleh penjajah.

Inilah tujuan kumpulan SSKM yang diketuai oleh Doris Jones, dia mahu kembalikan bahawa yang menjadi ketua kerajaan bagi dua negeri Borneo ini adalah penjajah, seperti mana keadaan sebelum merdeka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook