Latest News

Friday 28 November 2014

Mengapa Sarawak Boleh Turunkan Tarif Elektrik?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
 
(i) Datuk Adenan Saten, Ketua Menteri Sarawak. Telah pun... oleh FB page Jalin Luin (screenshot)
(ii) CM Sabah boleh buat macam ini? oleh FB page GPRS (screenshot)

Ini jawapannya....

JANGAN samakan antara Sabah dan Sarawak! Demikian juga jangan samakan antara Sarawak dengan Semenanjung!

Sarawak mengumumkan penurunan tarif sebanyak 47 peratus bermula 1 januari 2015. Manakala di seluruh negeri Semenanjung pula tidak dapat menurunkan tarif elektrik termasuklah negeri Sabah.

Alasannya mudah. Sarawak dikurniakan dengan sumber alam sekitar yang besar iaitu sumber air serta kedudukan topografi yang sangat sesuai dengan memungkinkan pembinaan empangan hidro dapat dibina seperti di Bakun dan Murum.

Sabah juga mempunyai peluang untuk membina empangan hidro seperti Hidro Pangi di Tenom sementara empangan-empangan lain akan menyusul. Namun, akibat hasutan pembangkang, empangan-empangan tersebut tidak dapat dibina kerana rakyat yang menduduki kawasan itu memprotes dengan memfitnah kerajaan negeri rakus mencuri tanah rakyat!

Kini, apabila Sarawak menurunkan tarif elektrik atas sebab empangan hidro Murum telahpun siap dan sedia digunakan, ada pula pembangkang di Sabah mempersoalkan mengapa Sabah umumnya dan khas Ketua Menteri Datuk Musa Aman tidak dapat mengikuti tindakan Ketua Menteri Sarawak
 tersebut! Now you see, now you don't!

Dalam keadaan ini, rakyat perlu mengambil iktibar di mana jika rancangan kerajaan tidak dapat dijalankan, maka rakyatlah menderita! Tetapi pembangkang pula akan terus senantiasa berfikir berada di pihak yang benar! Sedangkan sebelumnya, mereka mengapi-apikan rakyat dan masyarkat agar menolak pembinaan empangan oleh kerajaan dengan menabur fitnah serta mengadakan agenda hasutan!

Sebagai contoh, Jelapang Padi di Kota Belud yang sepatutnya mendapat sumber air daripada empangan Tambatuon kini lambat berkembang akibat ketiadaan sumber air. Empangan itu bukan sahaja sebagai sumber air untuk tanah sawah, akan tetapi boleh dijadikan sumber tenaga elektrik alternatif. Peranan sebenar bagi pembinaan empangan adalah bukan sahaja dijadikan sebagai sumber air malah dapat menurunkan tarif elektrik di Sabah.

Sabah, melalui kepimpinan Musa, sebelum ini telah mencadangkan melalui Lembaga Letrik Sabah untuk membina janakuasa arang batu di Lahad Datu. Namun cadangan itu terpaksa dibatalkan kerana diganggu dan dibantah oleh pembangkang.

Persoalannya sekarang, apabila Sarawak mampu menurunkan tarif elektrik atas sebab perancangan kerajaan negeri yang berjaya maka tindak-tanduk pihak pembangkang pula seolah-olah akan mempersoalkan mengapa Sabah pula tidak mampu berbuat demikian? Inilah dipanggil sebagai permainan politik yang dimainkan agar rakyat sentiasa tersalah tafsir lalu menyalahkan dan tidak berpuas hati dengan kerajaan yang sedia ada. Masih butakah anda?

Oleh yang demikian, wahai rakyat mulai dari sekarang, jangan lagi mempercayai karenah pembangkang kerana akhirnya akan merugikan kita bersama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook