Latest News

Thursday 27 November 2014

Mengerti Rakyat - Cara Menang PRU-14



  BUKAN menjadi ahli nujum, tetapi menyelami hati dan fikiran rakyat dilihat mampu menjadi senjata paling berkesan untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) bangkit dengan penuh maruah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

  Malahan, mulai sekarang,  setiap ahli atau perwakilan Umno yang juga barisan kepimpinan parti di peringkat akar umbi perlu mengatur langkah mendekati rakyat untuk mengetahui apa yang terpendam dalam sanubari mereka.

  Sentuhan peribadi setiap pemimpin itu jugalah yang boleh menjadikan sesuatu yang mencabar itu ditangani dengan mudah jika senjata yang diguna pakai tepat dan terbaik.

  Dalam dunia serba mencabar ini terutama dalam berhadapan 'peperangan politik' semasa, sudah pasti semangat juang sahaja tidak cukup, sebaliknya usaha dan tindakan tanpa henti perlu untuk menjamin kejayaan cemerlang.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook