MEMASUKI 11 tahun sebagai Ketua Menteri Sabah, sekaligus sebagai CEO Negeri Kemajuan Sabah dapat dilihat daripada semua bidang. Daripada penurunan kadar kemiskinan daripada 19.8 peratus tahun 2009 kepada 8.1 peratus pada tahun 2012.
Bajet negeri dua kali melepasi angka RM4bilion, masing-masing pada tahun 2013 dan 2014; sementara simpanan kewangan negeri konsisten pada paras RM3bilion.
Angka pendapatan daripada pelancongan samban tahun meningkat terima kasih kepada rakyat luar negara kerana sudi datang sehingga menghasilkan pendapatan negeri berlegar-legar pada angka RM3bilion.
Kayu balak sebagai sumber pendapatan negeri suatu ketika dahulu digantikan melalui pendapatan daripada sektor pelancongan. Musa sejak menjadi Ketua Menteri tidak memberi lesen pembalakan lagi yang menyebabkan alam semulajadi negeri terpelihara. Mereka yang datang semata-mata melihat pemandangan hutan tropika, kurnian Tuhan kepada negeri dan rakyat
Sebagai Ketua Kerajaan, Musa tidak sunyi daripada berbagai fitnah, malah usaha pihak-pihak tertentu termasuk di kalangan pemimpin separti mencuba (mendown grade)beliau dengan berbagai dakwaan karut.
Musa dalam tindakannya, secara terus melaksanakan Hala tuju negeri Sabah, yang beliau ilhamkan sebaik dilantik sebagai Ketua Menteri.
0 comments:
Post a Comment