Latest News

Sunday 30 November 2014

Musa Pemimpin Semua Kaum Sabah


PERLU diakui bahawa Ketua Menteri Sabah merupakan pemimpin semua kaum di negeri Sabah. Bukti itu tercermin melalui pilihan raya umum Sabah pada tahun 2004, di mana daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya DUN Kuala Penyu dimenangi oleh calon Bebas, Dato John Ghani mantan pemimpin Umno; sementara di peringkat parlimen, bahagian Kota Kinabalu dimenangi oleh parti racis DAP.

Pada PRU 2008, Musa mengulangi kejayaan itu dengan skor yang sama, di mana DUN Sri Tanjung jatuh ke tangan DAP, sementara DUN Kuala Penyu berjaya di tawan; sementara parlimen, hanya Parlimen Kota Kinabalu gagal ditawan.

Pada PRU-13, keadaan cukup mencabar akibat pergolakan politik di Semenanjung, di mana daripada 166 kerusi parlimen yang dipertandingkan pada tahun 2008, Pakatan Rakyat (PR) mampu mendapat 80 kerusi, manakala BN hanya 86.

Kaum lain terutama kaum Cina telah bersatu hati, malah dapat mempengaruhi kaum-kaum lain terutama KDM dan berikutan daripada itu, pada PRU tahun 2013 untuk pertama kalinya, Sabah kehilangan banyak kerusi iaitu 12 kerus DUN dan 3 kerusi parlimen. Semua kawasan yang dimenangi pembangkang itu adalah kawasan KDM dan cina, kecuali DUN Klias.

Pada PRU tahun 2013, siapapun yang mengetuai BN Sabah akan mendapat jumlah kerusi yang sama malah kemungkinan akan susut berkurang. Namun, rakyat Sabah masih melihat Musa sebagai pemimpin, maka bersama-sama membendung kejadian ini.

Musa sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, berjaya meningkatkan kewangan negeri daripada hampir muflis dan kini mempunyai rizab simpanan di atas RM3 bilion.

Bajet Sabah yang tidak pernah melepasi RM2 bilion ringgit telah membuat rekod pada tahun 2013 dan 2014 dengan jumlah di atas RM4 bilion. Bajet tahun 2015 pula adalah mencecah RM 3.81 bilion.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook