Latest News

Friday 28 November 2014

Pada Asasnya...Sabah dan Sarawak Merdeka!!!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

          (i) "Penghasut Baik vs Penghasut Jahat"? oleh Blog Nipuhawang-awis.blogspot.com 

SATU pembohongan oleh SSKM bahawa kononnya tiada siapa yang tahu sebelum Sabah dan Sarawak menyertai Malaya dan Singapura membentuk Persekutuan Malaysia, Sabah dan Sarawak merdeka lebih dahulu!

Dasar Persekutuan adalah sebelum sesebuah negeri diterima sebagai persekutuan. Terlebih dahulu, negeri yang akan masuk mestilah sebuah negeri merdeka. Atas sebab itu, Sarawak Merdeka pada Julai 1963, Sabah pada Ogos 1963, sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Pembentukan Malaysia diilhamkan di Singapura pada tahun 1961 oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

Asas pembetukan Malaysia adalah disebabkan pada masa itu, Sabah kemungkinan besar dituntut oleh negara lain manakala Sarawak pula dikhuatiri ditakluki oleh fahaman komunis.

SSKM tidak mengkaji apa-apa sejarah. Pencacai mereka hanya memutar belit dokumen-dokumen yang terdapat dalam internet dengan mengubahsuai dan ditokoh tambah demi propaganda jahat mereka.

Tiada kebenaran apa yang mereka dakwa. Oleh sebab itu, hanya mereka sahajalah mempunyai dokumen-dokumen tersebut kerana ianya adalah hasil rekayasa dan buatan sendiri!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook