TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Musa, rakyat bertanya mengapa 53% banduan penjara Sabah warga asing Oleh FB Luke James Stephens Biajin (screenshot)
(ii) PATI PEMBAWA KEMUSNAHAN DAN PENYAKIT Oleh FB Luke James Stephens Biajin (screenshot)
(iii) Sabah Goverment wastes RM13Million a Years Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(ii) PATI PEMBAWA KEMUSNAHAN DAN PENYAKIT Oleh FB Luke James Stephens Biajin (screenshot)
(iii) Sabah Goverment wastes RM13Million a Years Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

KALAU ada yang mengatakan bahawa kerajaan terpaksa berbelanja jutaan ringgit untuk mengurus PATI, memang benar.
Kerajaan terpaksa membina depo-depo penampungan; terpaksa memberi makan minum semasa mereka di depo-depo.
Malaysia
adalah anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB); sebarang manusia
yang didapati di negara ini tanpa dokumen, perlu ditangani secara
berperi kemanusian; tidak boleh dianggap sebagai barang. Binatangpun,
kalau didera, akan membawa padah pada yang mendera; apatah lagi manusia.
Dakwaan
pihak-pihak tertentu, mengapa PATI yang ditangkap tidak terus dihantar
pulang!!! pertanyaannya; setiap PATI ditangkap perlu diketahui negara
asal; proses ini perlu masa; kerana; kalau terus menghantar; tanpa
penyelidikan yang jelas, negara yang dituju boleh sahaja menolak.
Masalah
kedatangan PATI; menjadi beban negeri/negara sejak sekian lama.
Panjangnya pantai Sabah, menjadikannya poros untuk ditembusi. Atas sebab
itu, kerajaan terpaksa berbelanja besar, malahan ratusan juta, hanya
untuk menghalang kemasukan PATI.
Amerika hingga
kini berdepan dengan masalah PATI daripada negara-negara Latin dan
Afrika. Sebuah negara adikuasa seperti Amerikapun, tidak mampu
menghalang kebanjiran PATI; apatah lagi Malaysia.
0 comments:
Post a Comment