Latest News

Saturday 29 November 2014

PENUBUHAN MALAYSIA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Penubuhan Persekutuan baru dinamakan Malaysia Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Hormati Perjanjian Malaysia Oleh FB James Ligunjang (screenshot)

APABILA Persekutuan Malaysia secara rasmi ditubuhkan pada 16 September 1963, semua wilayah Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya bersetuju kepada asas pelembagaan Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang merdeka pada 31 Ogos 1957.

Selain asas itu, Perkara 18 bagi Sarawak dan 20 bagi Sabah juga telah diambilkira.

Disebabkan asas perlembagaan negara adalah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memasukkan perkara 18 dan 20, maka perkataan Persekutuan Tanah Melayu pada dokumen Perlembagaan itu telah digantikan dengan 'PERSEKUTUAN MALAYSIA'.

Apabila, kita membaca dokumen Perlembagaan Malaysia pada hari ini, sudah tentu tidak terdapat lagi Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Sebarang dokumen yang disiapkan sesuai dengan persetujuan baru, sudah tentu mengandungi persetujuan yang baru. Perkara ini berlaku di mana-mana sahaja pada sebarang bentuk perjanjian.

Namun, di pihak luar ada juga mengambil kesempatan dengan bertujuan untuk mengelirukan bahawa jika ada yang mempersoalkan terhadap Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu seperti mana ditimbulkan oleh SSKM, terutama Doris Jones. Dakwaan Doris Jones yang mencari Perlembagaan Persekutuan tahun 1957, menandakan tindakan beliau menunjukkan dia juga tidak faham langsung bagaimana Malaysia itu di bentuk.

Dengan mengutarakan Perkara 160 Perlembagaan, melalui perkara 160 dengan jelas takrifan bernegara yang meliputi kerakyataan negara ini. Sesiapapun boleh melayari internet atau membaca sendiri Perkara 160 Perlembagaan Malaysia dan dokumen itu tidak berubah sejak tahun 1957 kecuali perkataan Persekutuan Tanah Melayu diganti dengan Malaysia.

Sabah dan Sarawak tidak akan merdeka lebih awal sekiranya tiada idea pembentukan Malaysia. Asas pembentukan Persekutuan adalah setiap anggota mesti merdeka terlebih dahulu.

Mereka yang mempertikai Penubuhan Malaysia, sebenarnya hanya membaca dokumen pada hari ini di mana mereka sendiri tidak mengetahui proses tersebut. Mereka menggunakan kaedah 'after thought' yakni menafsir keadaan masa lalu dengan situasi masa kini. Oleh itu, tolong jangan bandingkan buah epal dengan rambutan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook