Latest News

Thursday 27 November 2014

Sabah Maju Bersama BN


 
SEJAK Sabah merdeka dan kemudian menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, sudah kerap berlaku pertukaran kerajaan.

  Akibat pertukaran kerajaan itu, maka sebuah negeri yang kaya raya jatuh miskin, malah suatu masa berada pada kedudukan tercorot.

  Pertukaran kerajaan, akibat perpecahan pada kerajaan yang memerintah. Usno tumbang atas sebab pemimpinnya seperti Harris Salleh (kini Tan Sri) Salleh Sulong ( kini Allahyarham) menubuhkan parti Berjaya demikian juga Berjaya tumbang atas perpecahan dalaman nasib PBS tidak kurang sama, apabila pemimpin kanannya seperti Bernard Dompok, Joseph kurup, Yong Teck Lee menubuhkan parti masing-masing.

  Mengambil iktibar itu, maka sejak tahun 1994, semuka kaum sepakat memerintah melalui barisan nasional (BN). Selama 9 tahun berlaku adjustment antara kaum mencari ramuan kerjasama. Akhirnya pada tahun 2003, disepakti, bahawa seorang pemimpin dilantik sebagai Ketua merangkap Ketua Menteri Sabah.

  Dalam perjalanan BN, telah lahir beberapa pemimpin muda yang akan mengambil tampuk pemerintahan negeri pada masa akan datang.

  Nama-nama seperti Tawfiq Abu Bakar Titingan, adik beliau Nizam, selain Rahman Dahalan, selain pemimpin akar umbi Musbah Jamli adalah pemimpin masa depan Sabah.

  Kerajaan BN Sabah, sangat beruntung kerana mempunyai pemimpin dinamik seperti Musa. Beliau berjaya menyatukan antara kawan dan lawan. Pendekatan beliau yang bercorak win-win, tidak menyakitkan sesiapa malah megerti apa itu kesatuan dalam kepelbagaian.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook