Latest News

Saturday 29 November 2014

Sabah, Sarawak dan Singapura Bukan Negara!!! Tidak Timbul 3 Perdana Menteri Dalam Negara Persekutuan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Sepatutnya Ada 3 Perdana Menteri Dalam Persekutuan Malaysia oleh SSKM - SSU(UK) (screenshot)

TIADA mana-mana dokumen yang merujuk bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura sebelum merdeka masing-masing merupakan negara. Negara = Nation, manakala Negeri = State.

Negeri Singapura ikut Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, manakala Sabah dan Sarawak pula merdeka pada tahun 1963.

Pembentukan Malaysia mempamerkan keunikan tersendiri apabila 4 wilayah bergabung. Persekutuan Tanah Melayu YANG TERDIRI DARIPADA 11 NEGERI , Singapura, Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Persekutuan diketuai oleh seorang Perdana Menteri manakala pentadbiran kerajaan negeri-negeri lain diketuai Ketua Menteri atau Menteri Besar, termasuk Singapura.

Tidak timbul bahawa terdapat tiga Perdana Menteri dalam sebuah Negara Persekutuan. 

Tiada mana-mana dokumen yang mengandungi bahawa Persekutuan Malaysia ada tiga orang Perdana Menteri. Namun, setiap rakyat daripada Sabah dan Sarawak serta Semenanjung boleh dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pemimpin dari Sabah boleh sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya menjadi Presiden Umno, parti terbesar di Dewan Rakyat.


  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook