Latest News

Tuesday 25 November 2014

SETINGGAN tanah Kg Tanjong Kapor perlu pindah!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Penduduk Kampung Tanjung Kapor, Kudat Menunjuk Perasaan. oleh Blog Jalin Luin (screenshot)

SETINGGAN Kg Tanjong Kapor, Kudat yang berdemonstrasi baru-baru ini, seharusnya tidak berbuat demikian atas sebab tanah yang diceroboh mereka untuk sekian lama. Bukan sahaja menguntung mereka daripada segi bayaran cukai, akan tetapi telah memudahkan mereka sekian lama.
MASALAH setinggan merupakan masalah utama penduduk Sabah apabila berpindah ke bandar. Di kampung sebenarnya, penduduk yang menjadi setinggan itu mempunyai tanah yang cukup bukan sahaja untuk membina rumah akan tetapi bercucuk tanam.
Demikian juga penduduk setinggan di tapak tanah milik kerajaan di Kg Tanjong Kapor. Keadaan di Tanjong kapor ini adalah sama keadaannya di Kg Likas suatu masa dahulu. Tanah kerajaan diceroboh dan menjadi perkampungan setinggan. Penghuni setinggan ini kebanyakannya penduduk luar bandar yang mempunyai tanah di luar bandar namun berhijrah ke bandar.
Mereka sebenarnya tahu bahawa mereka tidak boleh memohon tanah itu untuk tujuan hak milik, kerana tanah kawasan seperti itu diperlukan oleh kerajaan untuk menjana pendapatan negeri. Hanya melalui pemajuan tanah seperti itu, majlis daerah atau kerajaan tempatan mempunyai dana untuk keperluan infrastrukutr melalui kutipan cukai.
Apabila sudah tiba masanya, kerajaan bersedia memajukan tanah itu sama ada melalui penswastaan atau sebaliknya. Maka kerajaan terpaksa membersihkan kawasan itu. Sebenarnya penduduk yang menjadi setinggan itu tahu sejak sekian lama. Namun, ada pihak-pihak tertentu terutama seperti pihak pembangkang akan mengambil kesempatan untuk tujuan politik menghasut penduduk setinggan itu.
Sekiranya dilakukan secara pencarian atau bancian, setiap penduduk setinggan itu pernah memiliki geran tanah di kampung. Namun mereka menjualnya dan menceroboh tanah kerajaan di bandar kerana niat mereka apabila tiba masanya nanti, ada juga pihak-pihak tertentu kan membela demi tujuan politik.
Kalaulah penduduk setinggan itu faham berkaitan soal agama, sudah tentu mereka dengan sukarela akan meninggalkan tempat tersebut di kawasan yang mereka menceroboh dengan tanpa keizinan sesiapapun. Mengatasnamakan pemimpin yang telah tiada seperti Tun Datu Mustapha adalah tidak adil kerana beliau tidak boleh ditanya lagi. Sebenarnya tidak ada pemimpin membenarkan rakyatnya menceroboh hak orang lain. Namun, setinggan dibiarkan sahaja pada masa lalu demi kemanusiaan kerana si pemilik belum bersedia memajukannya.
Kerajaan benar dalam tindakannya mengusir rumah-rumah setinggan, di mana-mana sahaja di Sabah ini terutama kawasan-kawasan yang tidak digazetkan sebagai kawasan perkampungan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook