Latest News

Sunday 30 November 2014

Solidariti ini


KETUA MENTERI SABAH, Datuk Seri Musa Aman menyifatkan konsep solidariti (setia kawan) yang ditekankan oleh Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mampu memperkasakan lagi perpaduan dalam parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Musa, solidariti penting kerana konsep itu yang menjadi teras perjuangan Umno sejak dahulu yang dilihat dapat mengekalkan permuafakatan antara kaum dan agama untuk tunjang pembangunan nasional.

Tambah Pengerusi Perhubungan  Umno Sabah itu lagi, apapun asas perjuangan yang menjadi pegangan, ia harus dipastikan selari dengan konsep solidariti; iaitu senantiasa dalam semangat toleransi, muafakat dan bersatu dalam semua perkara.

Di Sabah, Musa mengimbau rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) Sabah agar menjadikan konsep solidariti sebagai asas kerjasama untuk memastikan apa juga program dan dasar yang telah atau dilaksanakan dapat diusahakan bersama dengan jayanya.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook