Latest News

Saturday 29 November 2014

TIADA ISTILAH Kipas SATE Bagi Datuk Tawfiq

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

  (i) Acara Kipas mengipas 'Sate' sedang berlangsung oleh FB Page Negara Sabah  
(ii) Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau, Sabah. oleh FB Account Doris Jones (screenshot)

DATUK Tawfiq wakil UMNO Sabah yang diberi tugas membahas ucapan presiden parti menyampaikan intipati UMNO Sabah sempena persidangan itu.

Tiada istilah kipas-mengipas dalam ucapan Ketua Bahagian Tawau itu. Cuba hayati pantun yang dibaca beliau semasa persidangan itu.

PERGI BERKELAH DI TANJUNG RIA,
TEPI PANTAI POHON KELAPA,
JANGAN DI ATAS SAHAJA BAHAGIA,
RAKYAT DI BAWAH DAN DI LUAR SANA JANGAN DI LUPA.

MARI MENUAI PADI DI SAWAH,
HASILNYA BANYAK DINIKMATI SESAMA,
TAK KIRA DI ATAS ATAU DI BAWAH,
SUSAH DAN SENANG TETAP BERSAMA.

Seorang pemimpin yang memperjuangkan rakyat seperti Tawfiq, tiada istilah membakar mengipas sate atas sebab merit kepimpinan memang telahpun tersemat di dada beliau.

Jika dalam ucapan mempertahankan presiden adalah wajar kerana jika pemimpin lapisan ke dua tidak mempertahankan sang ketua, cuba tanya diri sendiri. Siapakah yang mempertahankan beliau?

Dalam UMNO, setiap lapisan mempertahankan sang ketua/presiden! Jika gagal, ertinya nawaitu seseorang itu berada dalam parti perlu disangsikan.

Presiden berada pada jawatannya kerana kemahuan para ahli-ahlinya dan bukannya beliau melantik dirinya sendiri!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook