Latest News

Wednesday 26 November 2014

Tipu Daya Pembangkang: Umno Kena Cari Punca: Mengapa Pengundi muda dan Bandar Tolak BN?



  PEMBANGKANG mengambil pendekatan melelalui perang dingin alias tipu muslihat dengan dakwaan bahawa  Bn atau Umno hanya membela rakyat terpilih.

  BN dan UMNO hanya mahu memperkaya kroni, BN dan UMNO pengamal rasuah. Inilah perjuangan pembangkang. Mereka memberi alasan kepada rakyat, mereka bukan menolak kepimpinan Melayu atau cina atau india, akan tetapi mereka mahu menggantikan Bn dan Umno di mana menurut mereka hanya membela golongan tertentu, bukannya rakyat secara keseluruhan.

  Atas sebab itu Umno jangan sesekali mendabik dada, walaupun sebagai parti, merupakan kumpulan terbesar dalam parlimen, atas sebab mempunyai jumlah 88 kerusi parlimen.

  Dalam pilihanraya umum ke-13, Umno mendapat 88 kerusi daripada 220 keseluruhan kerusi Parlimen, diikuti DAP, PKR dan Pas.

  BN membentuk kerajaan kerana mendapat 133 kerusi secara kesuluruhan. Sumbangan 45 kerusi kepada Bn datangnya daripada parti komponen Bn, seperti PBB, SPDP, PRS, Upko, PBS, MIC, MCA, dan Gerakan.



  Pada PRU-13 lalu, hanya tiga ibu Kota dimenangi Bn, iaitu, Johor Bahru, Putrajaya dan Kangar, manakala majoritinya dimenangi pihak pembangkang, termasuk Kuantan, Pahang  asal Perdana Menteri.

  Pada PRU-13, nampaknya Umno atau Bn, masih perlu berterima kasih kepada pengundi luar Bandar, kerana atas sokongan mereka, maka Bn masih mampu membentuk kerajaan persekutuan.

  Bn dan Umno juga kena ingat, bahawa pada PRU-13 lalu, gabungan 13 parti itu, tidak lagi mendapat undi popular; terima kasih kepada sistem berparlimen negara kerana kemenangan adalah berasaskan jumlah kerusi, bukannya undi popular.

  Walaupun hakekatnya, Umno menarujui kerajaan, atas kapasitinya sebagai tulang belakang kepada Bn, namun parti itu, kena ingat, ianya merupakan satu faktor yang menyebabkan ramai yang cemburu. Perasaan cemburu ini, dimanipulsi oleh pembangkang kepada unsur benci dan dendam.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook