Latest News

Thursday 27 November 2014

Umno Bersidang Lagi

 

  Umno yang dilahirkan di Istana johor tahun 1946 dan suatu masa pernah diharamkan, bermula semalam bersidang lagi.

  Umno bersidang dengan bekalan 88 kerusi Parlimen, berjaya memerintah di Kedah, selain mempertahankan negeri-negeri yang dikuasai sejak merdeka tahun 1957, kecuali Terengganu yang pernah  jatuh dua kali ke tangan Parti Pas.

  Jika Persidangan sebelumnya, Umno membawa bekal berbagai isu termasuk isu NFC, pada kali ini pula selain isu, juga ditambah dengan isu 1MDB dan PFI.

  Juga melalui PAU kali ini, membawa bekal kritikan pedas mantan Presiden Tun Dr Mahathir terhadap kepimpinan Parti kerana lambatnya parti itu membawa perubahan.

  Selain itu, pada persidangan kali ini, akan terlihat bagaimana Umno terlepas daripada persepsi parti rasuah yang dispin oleh Anwar Ibrahim, dan kemudian diuar-uarkan oleh setiap penyokong beliau. Malangnya ramai juga rakyat serta ahli Umno sendiri percaya kepada dakwaan itu.

  Menurut Tun Dr Mahathir, parti semakin lemah, kerana kaernah pemimpin itu sendiri, terutama lambatnya berlaku perubahan di peringkat akar umbi.

  Walaupun Umno diuar-uarkan sebagai parti terbuka oleh para pemimpin, namun ianya hanya berlaku di peringkat atasan, bukannya menyeluruh.

  Sesebuah parti akan kekal relevan, jika ramai yang menyokong terutama semasa pilihanraya. Tiada guna keahlian yang berjuta jika ahlipun gagal memangkah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook