Latest News

Friday 28 November 2014

UMNO Memperkaya Sabah?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

          (i) JASA UMNO...MEMISKINKAN SABAH oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SETELAH kajian yang dibuat dan beberapa maklumat sahih yang diterima oleh ANTI FITNAH SABAH, kami telah membuat satu rumusan artikel untuk anda mengenai isu ini.

Is it the State Government is wrong and keep giving us THE FAKE FACTS for Public? Once again, we do not favor in any parties! Tidak berminat langsung!!...

Selamat membaca!

UMNO bertapak di Sabah pada tahun 1991. Sejak kemasukan parti itu, kadar kemiskinan negeri yang mempunyai dua digit telah turun kepada 8.1% (peratus) pada tahun 2012.

Bajet Sabah sebelum kemasukan UMNO berada di bawah RM1 bilion ringgit meskipun pada masa itu kayu balak merupakan sumber pendapatan utama.

Kemasukan UMNO merupakan mukjizat kepada rakyat Sabah. Bukan sahaja dapat mengeimbang kestabilan politik semasa, malah kerajaan negeri mampu mengumpul simpanan kewangan sebanyak lebih RM3 bilion.

Kemasukan UMNO merupakan pencetus pembinaan bangunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dapat dibina yang menanggung kos pembinaan sebanyak hampir RM1 bilion.

Kemasukan UMNO juga terwujudnya pelbagai institusi-institusi yang berperanan penting seperti Sabah Development Corridor (SDC) yang membawa pelaburan masuk yang bernilai berbilion ringgit.

Selain itu, kemasukan UMNO juga terbinanya PIOC dan SAMUR, SGOT yang serentaknya secara tidak langsung negeri Sabah terlibat dengan industri minyak dan gas melalui syarikat M3Energy Sdn Bhd.

Insfrastruktur dan naik taraf pengangkutan pula, UMNO dapat merealisasikan Projek Transborneo yang bernilai RM27 bilion.

Dari segi pertanian pula, UMNO telah membina tanaman jelapang padi di Kota Belud dan beberapa projek Agropolitan dapat dilaksanakan di beberapa daerah.

Semua projek itu adalah untuk meningkatkan pendapatan rakyat Sabah, bukannya memiskinkan rakyat Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook