Latest News

Friday 5 December 2014

ADAKAH PENDUDUK SABAH MELEDAK? Atau...???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah, Sarawak Population Census oleh FB Page North Borneo (SCREENSHOT)
(ii) Sabah MP finds RCI total whtitewash oleh Web Free Malaysia Today (SCREENSHOT1) (SCREENSHOT2) 
(iii) Sebagai SABAHAN, Kita sudah JADI SAKSI... oleh FB Jay'thans Lim (SCREENSHOT)

1970: 636,431 jiwa
1980: 1,011,040 jiwa
Pertambahan: 374,609 jiwa
Purata pertambahan Tahunan 5.9 peratus.

Pada masa yang sama pertumbuhan penduduk Malaysia adalah 2.6 peratus, manakala Sarawak 2.24 peratus.

Mengapa pertambahan penduduk Sabah dua kali ganda berbanding pertumbuhan Kebangsaan? Jawabnya ada beberapa faktor. Pertama Sabah terdedah kepada penghijraan penduduk samada daripada Filipina mahpun Indonesia. Kedua kerana tingginya kelahiran di kawasan luar Bandar yang dikaitkan dengan kemiskinan; ketiga kurang pengetahuannya penduduk mendaftar kelahiran atau mendapatkan kad pengenalan diri; keempat  kerana Pemberian Saham Amanah Tun Mustapha.

Tahun 70-an, apabila diperkenalkan Saham Amanah Tun Mustapha, maka ramailah penduduk mendafar untuk mendapatkan saham itu. Bukan itu, sahaja, malahan ramai penduduk menambah umur, semata-mata untuk mendapatkan saham itu. Tujuan pengenalan Amanah Saham itu, selain memberi bantuan berupa kewangan, juga satu cara untuk mendaftar penduduk.

Faktor lain yang menyumbang kepada pertambahan penduduk yang tinggi, adalah dasar kerajaan, apabila seseorang menetap selama 10 tahun atau lebih, apabila memohon sebagai warganegara; maka permohonan itu diluluskan.  Namun, berasaskan rekod Jabatan Pendaftaran negara, hanya 68,703 diberikan kerakyatan berasaskan kretiria itu.

Pertambahan penduduk Sabah bukan disebabkan oleh rakyat asing diberikan kewarganegaraan, melainkan pertambahan itu disebabkan, ramainya penduduk mendaftar mendapatkan Kad Pengenalan diri, atas sebab, pada tahun 70-an dikuatkuasakan bahawa setiap rakyat perlu mempunyai kad pengenalan diri; di mana sebelum itu, terlalu ramai penduduk tidak mempunyai dokumen itu, terutama di kawasan-kawasan terpencil, pulau-pulau dan kampong-kampong yang kurang kemudahan jalan raya.

Faktor lain yang menyebabkan pertambahan penduduk Sabah adalah faktor kelahiran yang dihubungkan dengan kemiskinan. Pakar pengkaji sosial mengakui, bahawa kadar kelahiran bagi penduduk miskin adalah tinggi, rata-rata 7 peratus, ertinya setiap wanita sekurang-kurangnya mempunyai 6 anak sebelum monopus;  juga faktor poligami di kalangan penduduk miskin adalah tinggi, atas sebab itu seorang suami boleh mempunyai anak antara 10-16 orang; walaupun ada juga sehingga 40 orang.

Penduduk miskin menjadikan anak sebagai sumber pendapatan, kerana dapat membantu mengerjakan ladang/sawah atau kebun atau sebagai nelayan.


Sabah dikaitkan dengan kemiskinan sejak tahun 70-an lagi; meskipun kaya dengan sumber alam-kayu balak. Kadar kemiskinan pada tahun 70-an mencapai hampir 60 peratus penduduk.

Fenomina kemiskian, merupakan penyumbang kepada kadar kelahiran yang tinggi. Fenomina ini bukan sahaja berlaku di Sabah, juga di negara-negara lain seperti Indonesia, China, india dan negara-negara Afrika.

Hanya pengkaji sosial dan kependudukan sahaja mengerti, mengapa sesebuah negeri yang miskin berdepan dengan kadar kelahiran yang tinggi.

Sebagai perbandingan, penduduk yang menduduki pesisir pantai, di mana menu utama adalah makanan laut lebih produktif melahirkan anak berbanding mereka yang tidak menjadikan menu itu sebagai makanan utama.

Atas sebab itu, selang waktu 40 tahun, pertambahan penduduk yang mendiami pesisir pantai sekali ganda berbanding dengan penduduk yang tinggal di pedalaman. Sarawak adalah contoh, di mana penduduknya ramai tinggal di pedalaman.

Juga, semakin majunya satu keluarga, maka semakin kurangnya anak dilahirkan; atas sebab itu, pihak-pihak tertentu yang mencurigai pertambahan penduduk Sabah adalah mereka yang lahir di Bandar yang tidak mengerti fenomina pertambahan penduduk. Mereka hanya bergantung kepada data statistik; yang hanya menggambarkan angka-angka; namun tidak mengetahui bagaimana angka-angka itu terlahir.

Bancian penduduk biasa, yang hanya mahu mendata jumlah penduduk berasas gendar pada satu-satu masa, berasaskan tempat/kawasan/lokasi tidak akan mampu merungkai penyebab pertambahan penduduk. Bancian yang mencatumkan susur galur atau salasilah sahaja mampu merungkainya. Jika cara ini diambil, jangan terperanjat, seorang lelaki akan mempunyai ramai yang ber”bin”kannya atau “berbinti” dengan lelaki itu.

Data Penduduk 1991

Bancian penduduk pada tahun 1991, pertumbuhan peduduk Sabah adalah 7.2 peratus, Malaysia 3.4 peratus dan Sarawak 3.33 peratus. Median Peratusan pertambahan penduduk Sabah adalah 2.2 peratus untuk setahun bagi tempoh 1980-1991, manakala Malaysia 3.1 peratus dan Sarawak pula 4.9 peratus.

Data Penduduk 2000

Bancian Tahun 2000, pertumbuhan penduduk Sabah adalah 4.3 peratus, Malaysia 2.6 peratus dan Sarawak 2.6 peratus. Median peratusan pertambahan penduduk Sabah adalah minus 4.1 peratus, Malaysia  minus 2.4 peratus, Sarawak minus 2.2 peratus. Erti angka minus itu, adalah sebahagian besar penduduk yang sebelum tidak mendaftar telahpun mendaftar; dengan demikian, kadar pertambahan penduduk menuju kepada alami; juga faktor kesedaran apabila perekonomian dan pendidikan membaik, maka secara naturalnya, faktor kesuburan memburuk. Singapura berdepan dengan kadar kelahiran yang rendah kerana faktor ekonomi yang baik.

Data Penduduk 2010

Bancian Tahun 2010, Pertumbuhan penduduk Sabah adalah 2.54 peratus, Malaysia 2.4 peratus dan Sarawak 1.9 peratus. Median peratusan pertambahan penduduk Sabah adalah minus 4.1 peratus, Malaysia minus 0.8 peratus, Sarawak minus 2.7 peratus. Apa erti angka-angka itu? Pertambahan penduduk Sabah telah seiring dengan kemajuan ekonomi. Kadar kemiskian telah menurun dengan drastik, daripada 40 peratus pada tahun 90-an kepada kurang 20 peratus pada tahun 2009, manakala pada tahun 2012 turun ke angka 8.1 peratus. Manakala, kadar pertumbuhan penduduk Malaysia menunjukan kenaikan, seperti mana digambarkan oleh angka minus 0.8 peratus; angka minus jika menjadi positif, menunjukan, bahawa kadar kelahiran semakin bertambah. Sementara Sarawak pula berdepan dengan kurangnya kelahiran seperti juga Sabah.

Melihat kepada median peratusan penduduk Sabah dan Sarawak bertambah besar angka minus, maka dua negeri itu akan berdepan dengan masalah kelahiran di masa akan datang.

Data Penduduk Sabah 2010

3,120,0140 jiwa (845,000 adalah bukan warganegara); ertinya penduduk sebenar Sabah hanya 2,275,040 jiwa; berkurangan seramai 213,308 jiwa berbanding banci tahun 2000. Atau dengan kata lain penduduk Sabah menguncup sebesar 0.86 peratus. Median peratusan pula daripada tahun 2000 ke 2010 minus/negatif 5.16 peratus. Apa erti angka-angka ini? Mereka yang bukan warganegara yang termasuk dalam censun tahun 2000; telah pulang atau dihantar pulang dan atau pada census tahun 2010, kreteria mengenal pasti PATI/bukan warganegara dititik beratkan, atas sebab itu tercatit sejumlah 845,000 berada di Sabah semasa cencus tersebut.

Nota: Data Penduduk Sabah 2000
2,488,348 jiwa (Tiada data berkaitan bukan warganegara)
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. Sarawak mempunyai bentuk muka bumi yg lebih teruk berbanding sabah. Bilangan kawasan yg dikataegorikan sebagai pedalaman juga lebih banyak. Tapi mengapa pertambahan penduduk tidak serancak sabah?

    Sebab di sarawak UMNO tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hbs tu d smnnjung ada umno n kuat d sana..ptumbuhan pnduduk plg rendah...

      Delete
    2. semenanjung tiada PBS...dari awal memang UMNO yg perintah. Orang asal Sabah pada masa dahulu yang majoritinya beragama Kristian secara umumnya menolak kepimpinan parti malaya. apa UMNO buat? ubah demografi Sabah. Cuba kita lihat pertumbuhan penduduk ini dari segi AGAMA dan KAUM. yang paling banyak meningkat ialah Islam dan Melayu. sedangkan, pada masa dahulu kaum melayu tidak sampai pun 2% itu pun termasuk dalam kataegori "lain-lain"..sekarang?

      semenanjung sekarang pun apa kurang....mau kasi beza mana satu melayu, myanmar, bangla pun susah..

      Delete

Item Reviewed: ADAKAH PENDUDUK SABAH MELEDAK? Atau...??? Description: Rating: 5 Reviewed By: Anonymous
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook