Latest News

Friday 5 December 2014

AKTA Hasutan 1948 Menurut Doris Jones

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Banyak keliru tentang perkataan ''AKTA'' oleh FB Doris Jones (SCREENSHOT)

PENGGERAK Utama SSKM, Doris Jones mempertikai Akta Hasutan 1948; sambil mendakwa, bahawa Akta itu dicipta British, untuk berdepan dengan kegiatan Komunis. 

Disebabkan komunis sudah meletakkan senjata, maka seharusnya Akta itu juga dimansuhkan.

Sebenarnya, Akta Hasutan 1948, bukan semata-mata untuk kegiatan komunis sahaja, akan tetapi juga berdepan dengan sebarang ideologi kiri yang bersifat menghasut, memfitnah, mengadu domba, mempertikai kepercayaan agama. Atas sebab itu, adalah difikirkan, bahawa aktiviti itu masih mempunyai kecenderungan berlaku dalam sebuah negara majemuk seperti Malaysia.

Dengan pertimbangan demikian, maka Akta Hasutan 1948 masih dikuatkuasakan; demi menjaga keutuhan negara.  Adalah lebih baik mencegah daripada mengubati.

Dakwaan Doris Jones, bahawa Akta seperti itu, telah lama dimansuhkan di United Kingdom; adalah tidak benar. Di UK meskipun pada awalnya bernama AKTA Hasutan 1661, akan tetapi Akta  itu ditukar kepada Treason ACT 1842 dan 1695; malah diperkuat melalui Crime & Disorder Act 1998; yang membawa hukuman penjara mandatori.  Treason Act, masih digunapakai di negara-negara komonwel, seperti Australia, Kanada dan New Zealand. Juga Teason Act 1695,telah dimasukkan dalam Perlembagaan Amerika dan sehingga kini masih dikuatkuasakan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook