Latest News

Tuesday 2 December 2014

Bakar Bible - Tidak Benar!


KAUM kristian, terhasut dengan kenyataan orang gila- Ibrahim Ali. Penganut kristian terkejut; seseorang yang pernah menjadi yang berhormat, tergamak membuat kenyataan kitab yang diyakini penganut kristian juga penganut islam diancam untuk dibakar.

Kenyataan Ibrahim itu, sebenarnya luahan hatinya kepada injil yang dicetak dalam bahasa melayu yang mengandungi perkataan Allah yang dilarang diedar di Semenanjung.

Atas sebab tekonologi sekarang semakin canggih, kenyataan itu diputar belit dan menjadi viral , kononnya melibatkan injil yang disebar di Sabah dan Sarawak; sedangkan kitab cetakan yang mengandung perkataan Allah tidakpun dilarang di Sabah dan Sarawak.

Penganut kristian marah kepada pihak berkuasa, mengapa tidak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali; cuba tanya diri sendiri, bagaimana mengambil tindakan pada orang gila.

Kenyataan Ibrahim itu diambil kesempatan oleh pembangkang, dengan cara mencocok, membakar serta mengipas untuk kepentingan politik. Akibatnya, banyak kawasan KDM  yang dahulunya dimenangi komponen parti Bn, kalah pada PRU-13 lalu, termasuk kekalahan Presiden UPKO yang juga anggota kabinet Persekutuan-Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

Kini, isu pembakaran injil, walaupun belum pernah berlaku; masih dipercayai oleh penganut kristian yang berada di kampung-kampung. Hanya pemimpin KDM yang beragama krsitian sahaja mampu merungkai isu ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook