Latest News

Saturday 27 December 2014

Banjir: Disebalik Desakan Darurat Lim Kit Siang


SEKIRANYA YAB Dato' Seri Najib Tun Razak tidak terbaca niat Lim Kit Siang mendesak kerajaan mengistiharkan darurat di beberapa negeri yang dilanda banjir, sudah tentu mangsa akan kehilangan peluang menuntut insurans.

Sebaik sahaja banjir melanda banjir terburuk untuk tempoh 40 tahun, Lim Kit Siang secara bertali arus mendesak kerajaan untuk mengistiharkan darurat.

Rupa-rupanya pemimpin DAP itu mempunyai muslihat disebalik desakan itu.

Kita tahu bahawa negeri-negeri yang dilanda bencana banjir adalah majoriti daripada kaum melayu terutama di Kelantan.

Bencana banjir itu adalah yang paling teruk pernah berlaku bukan sahaja merosakan harta benda, akan tetapi mengorbankan nyawa.

Kerosakan dan kerugian boleh mencapai ratusan juta. Oleh sebab itu, hanya syarikat insurans sahaja yang boleh membantu kerajaan meringankan beban mangsa.

Bantuan khas sebanyak RM550 juta daripada Kerajaan Pusat hanya berupa bantuan meringankan beban dan bukannya menggantikan harta benda yang rosak mahupun nyawa yang hilang.

Bayangkan jika Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib berjaya diperangkap oleh Kit Siang, mangsa menjadi korban. Jika ini berlaku, Kit Siang akan menjadi hero pula dengan menuduh kerajaan sebagai zalim kerana tidak membantu para mangsa dan rakyat. Nampak Tak Niat Jahat Pemimpin Pembangkang!!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook