Latest News

Saturday 27 December 2014

Banjir: Lim Kit Siang Hanya Tahu Menyalak

 
Lim Kit Siang hanya tahu menyalak. Menyalak dan terus menyalak. Salakan pemimpin DAP itu bukan seperti anjing yang menyalak, maka penghuni rumah yang nyenyak tidur terjaga. Salakan Kit Siang membuatkan para petugas, para pemimpin kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri kebisingan sehingga tugas mereka membantu mangsa banjir terganggu.

Kit Siang mahu menjadi hero sedangkan dirinya seperti anjing bermain dengan ekornya.

Sementara kerajaan BN telah memberi bantuan RM50 juta kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin anaknya, satu senpun tidak menghulur bantuan. Anggota sukarelawan yang diwujudkan di sana hanya sibuk berkampung menjaga anaknya Lim Guan Eng.

Kit Siang menyalak terus mencari Perdana Menteri yang djemput Presiden Amerika beriadah selama 5 jam sambil bermain golf untuk membincangkan perkara kepentingan bilateral dua hala antara dua negara memandangkan tahun depan Malaysia adalah Pengerusi Negara-Negara Asean.

Kit Siang, memang mahu sabotaj kemajuan negara, sabotaj hubungan negara dengan dunia luar, dengan mempolitikkan PM bermain golf dengan Obama dikala Pantai Timur Semenanjung dilanda banjir paling teruk dalam tempoh 40 tahun.

Malaysia mempunyai pasukan berdepan dengan bencana alam yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, iaitu orang nombor dua dalam negara. Ketiadaan orang nombor satu, maka nombor dualah yang menjadi nombor satu. Kerana TPM adalah Pengerusi Bencana Alam Negara. PM ada atau tiada, masalah ini TPM tetap orang yang akan "incharge"!. Kit Siang sudah 'pikun' dan angau sehingga tidak tahu lagi apa yang disalak!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook