Latest News

Tuesday 16 December 2014

BANTERAS DAN TANGKAP PATI: Operasi Bersepadau Imigresen Memadai


OPERASI  bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Negara adalah sudah memadai untuk membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini termasuk segelintir golongan itu yang didakwa terlibat dengan aktiviti meminta sedekah dengan menjadi pengiring kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan.

Datuk Sakib Kusmi

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Sakib Kusmi berkata, operasi bersepadu itu turut melibatkan agensi penguatkuasaan yang lain seperti polis. 
“Kita memang tahu aktiviti OKU cacat penglihatan ini didalangi oleh pihak tertentu. Mungkin ada warga asing yang terlibat tetapi bukan semua. 
“Sebab itu kita melakukan operasi bersepadu dalam membanteras PATI dari masa ke semasa. Kita tidak rancang buat operasi khas (Isu OKU) kerana pemeriksaan yang kita buat melibatkan semua PATI,” katanya pada Ahad lalu. 
Sebuah surat khabar arus perdana pada Jumaat lalu mendedahkan warga asing dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah menjadi pengiring atau dikenali sebagai ‘penarik’ yang akan bersama OKU cacat penglihatan ketika menjual tisu atau meminta sedekah.
Menurut sumber, keadaan itu hanya akan mengalakkan kebanjiran PATI kerana pekerjaan tersebut mudah dan menawarkan gaji yang tinggi. 
Sakib berkata, usaha membanteras PATI seharusnya melibatkan semua agensi penguatkuasa yang berkaitan termasuklah polis serta pihak berkuasa tempatan.
“Majlis perbandaran boleh buat pemeriksaan di kawasan setempat mereka. Sebab Imigresen juga ada melakukan operasi banteras PATI.
“Jika memang ada pengiring OKU yang dikesan di kalangan orang luar (warga asing), maka maklumat itu boleh disampaikan kepada Imigresen,” katanya sambil menambah tindakan susulan dan penahanan akan dilakukan di bawah Akta Imigresen.
Mengenai pendatang asing itu, beliau berkata, lebih 30,000 ribu PATI ditahan menerusi operasi bersepadu yang dijalankan tahun ini. Selain itu, hampir 100,000 ribu PATI tampil menyerah diri secara sukarela di bawah program 3+1 yang akan tamat pada 31 Disember ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook