Latest News

Monday 22 December 2014

BENARKAH PENDATANG ASING TIDAK PULANG DAPAT IC???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PEMEGANG PROJEK IC ADALAH AHLI UMNO Oleh FB PAGE 1 Suara Sabah (screenshot)

DR JEFFREY mengambil data daripada Laporan RCI untuk menimbulkan persoalan. Ertinya, Pengerusi STAR Sabah merangkap ADUN Bingkor itu pun tidak tahu apa yang berlaku dengan perbezaan antara orang masuk dan yang keluar.

Jeffrey membuat andaian bahawa kepada mereka-mereka itu mendapat IC, sedangkan mungkin saja mereka itu pada mulanya masuk menggunakan passport oleh kerana passport mereka tamat tempoh. Akhirnya, mereka menjadi pendatang haram. Mereka tahu hukuman di Malaysia, sekiranya passport tamat tempoh akan dikenakan hukuman penjara. Dengan itu, untuk mengelak hukuman tersebut menimpa kepada diri mereka, mereka menggunakan lubang tikus untuk pulang dan sekalgus mereka dikategorikan termasuk dalam 250,000 PATI tidak berdokumen yang berada di Sabah pada masa ini.

Dakwaan Jeffrey bahawa mereka itu dapat IC hanya dakwaan semata-mata. Tiada bukti yang boleh beliau kemukakan. Sebenarnya, jika seorangpun daripada mereka itu yang mendapat IC yang kononnya diketahui oleh Jeffrey, maka satu dunia akan tahu!

Bagi mereka yang membaca Laporan RCI, semua data yang dipersoal oleh Jeffrey itu adalah data yang dilaporkan sendiri oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Ertinya, tiada fakta yang disembunyikan.

Jeffrey hanya mengambil peluang dan mempersoalkan hasil atau maklumat daripada orang lain. Sedangkan dia sendiri tidak mengetahui punca-puncanya.

Mempersoalkan pertambahan penduduk Sabah dengan membandingkan dengan Sarawak adalah sama dengan membandingkan antara penduduk Indonesia dan Malaysia. Mengapa Indonesia mempunyai penduduk lebih 300 juta penduduk, manakala Malaysia hanya 27 juta penduduk?

Dalam Laporan RCI itu, ia tidak disertakan jumlah pengundi Sabah pada tahun 2013 yang digunakan semasa PRU-13. 

Jumlah pengundi Sabah pada tahun 2013 adalah 981,814 pengundi. Biasanya dalam kelas penduduk yang termasuk berumur 21 ke atas adalah 48 peratus daripada keseluruhan penduduk. Dengan itu, pengundi Malaysia adalah 13 juta daripada 27 juta rakyat.

Kalau dilihat jumlah pengundi Sabah pada tahun 2013 itu dihubungkan dengan jumlah populasi Sabah, ertinya penduduk Sabah berjumlah 2,045,445 juta penduduk. Namun, menurut bancian penduduk pada tahun 2010, Sabah mempunyai populasi 3,120,040 juta orang termasuk 867,190 warga asing. Jadi secara kasarnya penduduk Sabah hanya 2,252,850 juta orang. Daripada jumlah itu berasaskan Laporan RCI, seramai 228,366 ribu warga Indonesia dan 199,169 ribu warga Filipina telah pulang. 

Secara pengiraan kasar, populasi Sabah adalah seramai 2,045,455 juta penduduk. Namun, data yang lebih tepat hanya boleh diketahui melalui data bancian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Berdasarkan kepada purata kasar, penduduk Sabah yang berwarganegara adalah antara 1,825,315 juta hingga 2,045,445 juta penduduk. Jumlah ini hampir kepada jumlah yang diberikan oleh Jeffrey iaitu sebanyak 1.41 juta penduduk.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook