Latest News

Thursday 18 December 2014

BN Sabah Satu Kesatuan Pelbagai Bangsa


SATU keunikan politik Sabah, pelbagai suku bernaung di bawah satu bumbung iaitu parti Barisan Nasional (BN) Sabah.

Parti Umno misalnya, mempunyai keahlian semua bumiputera termasuk bumiputera bukan islam. UPKO juga sama sementara PBS turut meliputi semua kaum dan agama. Bagi kaum Tionghoa pula diwakili LDP, MCA dan Gerakan.

Demografi Sabah terbahagi kepada 60 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN); di mana 32 kawasan bermajoriti bumiputera Islam, 20 kawasan bumiputera bukan Islam dan 8 kawasan majoriti Tionghoa. Kawasan Parlimen pula, 14 kawasan majoriti bumiputera Islam, 8 majoriti bumiputera bukan Islam dan 3 kawasan Tionghoa.

Pembahagian kawasan pilihan raya itu adalah jaminan kepada kestabilan politik, di mana sejak tahun 1963 hingga 1994 ianya tidak pernah stabil. Akibat daripada ketakstabilan itu, sebuah negeri yang kaya jatuh miskin.

Kekayaan sesebuah negeri tidak akan mampu dipulihkan tanpa terlebih dahulu memulihkan  keadaan politik.

BN memerlukan 9 tahun memulihkan keadaan politik Sabah bermula pada tahun 1994 hingga awal tahun 2003.

Kini, keadaan politik Sabah boleh dikatakan begitu stabil sehingga menyebabkan pelbagai pihak begitu cemburu.

Menggugat suatu keadaan politik yang stabil tidak akan mampu dilakukan oleh pihak lawan atas sebab pihak-pihak berkepentingan menjalankan perang saraf secara halus dengan mencucuk, mengipas dan membakar selain mempengaruhi pemimpin-pemimpin tertentu dalam BN itu sendiri.

Pihak-pihak tertentu itu tidak mahu melihat politik Bn Sabah kukuh kerana melalui kekukuhan itu, maka sukar diganggu gugat oleh sesiapapun.

Munculnya kumpulan G8 tiada angin, tiada sebab dan lebih mengejutkan kumpulan ini merupakan adanya satu pasukan dengan berjuang bersama dengan pemimpin utama negeri.

Apakah yang menyebabkan mereka melakukan langkah sumbang? Selepas dikaji, rupa-rupanya berunsurkan masalah peribadi yang berkait rapat dengan projek, di mana mereka ingin membolot seluruhnya tanpa belas kasihan pada pihak-pihak yang lain.

Seorang pemimpin yang berpijak kepada kesamarataan dan kesaksamaan serta keadilan, pemimpin utama negeri enggan melayan karenah kumpulan G8 itu; meskipun mereka itu sebelumnya adalah penyokong kuat dan merupakan rakan sepasukan yang sangat setia.

Pemimpin utama negeri melihat adalah adil bagi beliau untuk memberikan peluang sama rata kepada setiap penyokong atau ahli, besar atau kecil menikmati hasil perjuangan.

PESANAN beliau “Orang tamak selalu rugi”.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook