Latest News

Wednesday 31 December 2014

CARA KERAJAAN MEMBAYAR HUTANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kerajaan pada masa kini terwujud dan rakyat... Oleh FB Luke James Stephens Biajin (screenshot)

KERAJAAN membayar hutang melalui pendapatan negara. Pendapatan negara adalah melalui sistem percukaian atau dividen.

Sebuah negara mesti ada rakyatnya. Kalau tiada rakyat maka tiada negara dan demikianlah juga sebaliknya yang saling memerlukan.

Dalam sesebuah negara mesti ada sistem; tanggunjawab negara kepada rakyatnya dan tanggungjawab rakyat kepada negaranya. 

Apabila rakyat dan negara saling memerlukan, maka majulah negara dan majulah rakyat.

Namun, ada pihak yang mendakwa bahawa hanya negara sahaja bertanggungjawab terhadap rakyat manakala rakyat tidak perlu bertanggungjawab apa-apa.

Kalau beginilah tabiat pihak tertentu ini, gunung mana pun yang tidak runtuh??

Seharusnya, kita sedia maklum bahawa negara memerlukan wang kerana rakyat juga perlu wang untuk keperluan asasi, ekonomi, pembangunan, kemajuan, kesihatan dan macam-macam lagi. 

Negara tidak akan diberi pinjaman oleh mana-mana pihak jika melihat bahawa rakyat negara yang meminjam itu tidak produktif sehingga tidak sanggup membayar semula hutang. Perlu ingat!

Rakyat perlu bangga kerana negara masih dipercayai oleh negara-negara luar.

Jangan salah faham berkaitan hutang. Hutang tidak semestinya "hard cash" yang  diberikan kepada negara. Hutang negara termasuk apa-apa sahaja pembelian rakyat negara ini yang berbentuk hutang. Pengeluaran bon atau kertas berharga untuk ditebus pada masa hadapan juga berbentuk hutang.

Hutang sebenarnya tiada hubungan dengan kenaikan harga barang seperti mana dakwaan luar yang dilemparkan. Harga barang ditentukan oleh kekuatan penawaran dan permintaan dalam sesebuah negara tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook