Latest News

Friday 19 December 2014

Dakwaan Malaya Menjajah- Mengapa???


TERTANYA-TANYA JUGA- dari segi apa Malaya menjajah Sabah? Daripada segi etnik Sabah yang lebih 32 itu, tiadapun yang diarah/diminta menukar sukuan mereka.

Daripada segi budaya-tiadapun Malaya minta untuk ditukar.

Daripada segi agama- tiadapun Malaya minta tukar agama.

Daripada segi tanah- Memang orang malaya tidak boleh membeli tanah, apalagi memohon.

Daripada segi kemasukan- Orang Malaya perlu bawa passport untuk masuk ke Sabah.

Pemimpin Negeri- Tiada seorangpun pemimpin negeri daripada Malaya.

Cukai Sabah- Semua hak Sabah. Sementara cukai yang dipungut melalui agensi persukutuan, dikembalikan kepada Sabah dalam bentuk peruntukan. Misalnya pada Tahun 2013, sebanyak RM4.6 bilion cukai yang dikutip daripada Sabah, namun peruntukan yang disalurkan RM11 bilion diluar royalti minyak.

Dalam soal Pati- Tiadapun orang Malaya melindungi PATI yang ada di Sabah tertangkap dan didakwa di mahkamah, yang ada, seluruhnya majikan orang Sabah sendiri. Rajin-rajinlah cek di mahkamah atau membaca surat khabar tempatan, saban hari ada sahaja majikan ditangkap kerana melindungi Pati. Majikan itu adalah orang tempatan.

Keselamatan- sebahagian besar rakyat Malaya bertugas sebagai polis, askar, tentera laut menjaga Sabah. Malah ramai yang terkorban membela Sabah.

Orang Malaya bukan penyebab banyaknya kemalangan jalanraya kerana mabuk. 

Orang Malaya bukan penyebab ramainya anak muda menjadi penagih dadah.

Orang Malaya bukan penyebab ramainya Pati menyewa lesen-lesen perniagaan, kedai runcit, tanam kubis, tanam sayur, tanam tembikai.

Orang Malaya datang untuk menjadi guru, mengajar anak-anak Sabah supaya jadi pandai.

Orang Malaya yang doktor datang untuk menjaga kesihatan rakyat Sabah.

Cuba tanya diri sendiri, adalah lumrah bagi seseorang manusia tidak sudi berjauhan dengan kampung halaman, sanak saudara, akan tetapi orang Malaya sanggup ke Sabah hanya kerana tuntutan tugas.

Dakwaan bahawa Malaya menjajah Sabah yang diwar-warkan agen penajajah yang bergerak melalui siber -SSKM adalah satu penipuan dan pembohongan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook