Latest News

Wednesday 3 December 2014

Dakwaan Perjanjian 1963 Tidak Sah!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) (screenshot)
 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:


(i) Perjanjian malaysia 1963 TIDAK SAH! OLEH BLOG SSKM-SSU(UK) 

ADA pihak-pihak tertentu secara tiba-tiba menjadi pakar undang-undang sehingga mendakwa kononnya Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah.

Dakwaan mereka ini, samalah dengan suatu perkahwinan 50 tahun yang lalu di mana pada masa itu, perkahwinan hanya berasaskan lisan dengan beberapa saksi yakni perkahwinan tanpa bukti tertulis.

Selepas 50 tahun, ada orang secara tiba-tiba mempersoalkan perkahwinan itu, sedangkan dua suami dan isteri yang telah berkahwin 50 tahun lalu, telah beranak pinak malah telahpun mempunyai ramai cucu.

Malangnya lagi, 5 saksi yang menyaksikan majlis perkahwinan itu tidak dapat memberi kesaksian lagi atas sebab telah meninggal dunia.

Dan inilah yang berlaku pada hari ini pihak-pihak tertentu mempertikaikan Perjanjian 1963 yang kononnya tidak sah! Sedangkan mereka itu, tidak terlibatpun berkaitan perjanjian itu. Mereka yang berfungsi seperti senario di atas mempersoalkan orang berkahwin 50 tahun lalu sedangkan yang mempersoalkan itu masih belum pun lahir di dunia.

Mereka-mereka ini berlagak mahir sedangkan hujah mereka seperti burung unta yang penakut apabila melihat musuh menyembunyikan kepala kecilnya ke dalam pasir, Namun lupa, badan besarnya terdedah.

Rakyat Sabah kena berhati-hati kerana masa kini terlalu ramai lawyer buruk yang mengaku sebagai pakar undang-undang dan tahu BENAR apa yang berlaku sebelum Persekutuan Malaysia dibentuk.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook