Latest News

Sunday 14 December 2014

Data Sebenar Kadar Jenayah Sabah - Rahman Dahlan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Si rahman dahlan ni... Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)

DATO' ABDUL RAHMAN DAHLAN menyatakan kadar jenayah Sabah hanya 25-30 peratus dilakukan oleh rakyat asing, manakala 70-75 peratus dilakukan oleh warga tempatan. 

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan itu yang juga ahli parlimen Kota Belud mengambil data yang didedahkan sendiri oleh Ketua Polis Sabah dan kenyataan beliau itu juga dilaporkan melalui Laporan RCI yang didedahkan kepada umum pada 3 Disember yang lalu.

Rakyat asing yang dimaksudkannya adalah mereka yang bukan tergolong dalam 32 etnik Sabah, yakni tiada kerakyatan dan dokumen sah seperti kad pengenalan.

Dakwaan pihak-pihak terentu bahawa penjenayah merupakan rakyat asing yang mendapat kerakyatan secara tidak sah hanya dakwaan fitnah atas sebab pihak penguatkuasa telah mengenalpasti, kategori rakyat asing melalui bancian penduduk. Sebagai misalan pada tahun 2010, terdapatnya 867,190 ribu orang rakyat asing berada di Sabah.

Tiada timbul rasa kecelaruan berkaitan kategori rakyat asing dan tempatan dalam menterjemahkan kadar jenayah di Sabah.

Selepas laporan RCI dikeluarkan dan kemudian mendedahkan laporan tersebut di akhbar tempatan, Sabah kini menyiarkan hampir 100 peratus  jenayah dilakukan oleh rakyat tempatan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook