Latest News

Thursday 18 December 2014

Dato' Seri Najiblah Mendengar Degup Jantung Rakyat Sabah


PERSETUJUAN menjadikan 16 September disambut secara besar-besaran dan kemudian dijadikan sebagai cuti umum negara hanya menjadi kenyataan selepas Dato' Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, sejak sekian lama selepas Tun Razak tiada lagi pemimpin Sabah dilantik sebagai Menteri Kanan Persekutuan. Apabila selepas Najib pula, beliau telah melantik beberapa pemimpin Sabah untuk jawatan menteri kanan. Antaranya, Datuk Mohd Shafie Apdal dan Dato Abdul Rahman Dahlan.

Kini, semasa pentadbirannya juga Sabah telah mendapat peruntukkan yang cukup besar. Malah, Pembinaan Lebuhraya Transborneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak menelan belanja sekitar RM27 bilion juga dapat dilaksanakan oleh Najib. Selain itu, penubuhan RCI PATI dapat siap dilaksanakan untuk mengetahui punca-punca kebanjiran PATI di Sabah.

Tambahan pula, Sabah dibenarkan beroperasi dalam sektor minyak dan gas dan diberikan saham pada pembinaan LNG9 Bintulu, Sarawak.

Manakala tahun ini, ESSCOM/ESSZONE dapat diwujudkan yang dijadikan sebagai tembok utama untuk menghalang kemasukan PATI ke negeri Sabah. 

Sebenarnya, Najib mendengar degup jantung rakyat Sabah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook