Latest News

Monday 8 December 2014

FAKTA DIBONGKARKAN!!! Tiada Projek IC Yang Ada BISNES IC!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bodoh sangatkah semua rakyat Sabah oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

PADA TAHUN 90an, lebih 90 individu ditangkap melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam satu sindiket menjual Kad Pengenalan Sabah.

Sindiket itu memanfaatkan kebenaran kerajaan menggunakan Surat Akuan Berkanun seperti Surat Sumpah bagi memohon Kad Pengenalan.

Akuan Berkanun diperkenalkan pada tahun 1972 atas sebab ramai betul rakyat Sabah tidak dapat memohon Kad Pengenalan kerana ketiadaan dokumen kelahiran atau Surat Tanda Lahir.

Pengasas kemerdekaan Sabah Tun Mohd Fuad Stephens dan Tun Mustapha Harun meminta Kerajaan Persekutuan memasukkan satu klausa dalam Akta Pendaftaran negara bahawa Sabah memakai satu dokumen yang boleh digunakan memohon Kad Pengenalan memadai hanya dengan Surat akuan Berkanun.

Kebenaran penggunaan Surat Akuan Berkanun itu dihentikan pada Tahun 1987 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Dato Seri Dr Mahathir Mohammad (kini Tun) atas sebab didapati ada pihak-pihak tertentu menyalahgunakannya.

Pertambahan kerakyatan Sabah adalah sesuai dengan kadar pertambahan sebuah negeri miskin iaitu antara 7-10 peratus setahun. Pertumbuhan ini pernah berlaku di negara-negara seperti India, Indonesia, China, Bangladesh dan negara-negara Afrika.

Pada masa yang sama, memang berlaku pertambahan penduduk Sabah. Tetapi pertambahan penduduk tidak sama dengan pertambahan kerakyatan.

Pada tahun 2010 misalnya, terdapat 3,120,040 juta penduduk Sabah. Namum, yang memiliki kerakyatan hanya berjumlah 2,252,850 juta disebabkan terdapatnya warga asing seramai 867,190 ribu.

Kalau dilihat pertambahan kerakyatan Sabah daripada tahun 1970-2010 sebenarnya, dilihat sebagai trend yang menurun. Suatu masa negeri ini akan berdepan dengan tenga kerja kerana kelahiran yang rendah.

Melalui laporan RCI dari tahun 1970-2010, terdapat 68,703 ribu warga asing mendapat Kad Pengenalan Sabah. Malangnya, dalam laporan itu, tidak dapat diperincikan di manakah mereka-mereka itu.

Untuk mendapatkan maklumat mereka, dokumen yang boleh diguna adalah daftar pengundi. Namun,  RCI tidak juga mendapat maklumat daripada dokumen itu secara lengkap. 

Keadaan 68,703 ribu pemegang IC itu samalah dengan keadaan facebook, jika ada yang LIKE atau memberi KOMEN, maka posting itu akan naik ATAS. Demikian juga status 68,703 ribu itu, jika mereka tidak mendaftar sebagai pengundi, membuat passport atau keluar daripada Sabah menggunakan pintu keluar yang ada, maka terlalu sukar mencari mereka kecualilah semua penduduk sabah diperiksa satu demi satu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook