Latest News

Thursday 4 December 2014

FAKTA SEBENAR Mengapa Penduduk Sabah Meledak?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah, Sarawak Population Census oleh FB Page North Borneo (SCREENSHOT)
(ii) Sabah MP finds RCI total whtitewash oleh Web Free Malaysia Today (SCREENSHOT1) (SCREENSHOT2)

ASAS kewarganegaraan adalah apabila seseorang itu menetap sekurang-kurangnya 10 tahun.

Ledakan penduduk Sabah daripada tahun 1970 ke tahun 2010 bertambah 390 peratus berbanding Semenanjung Malaysia 164 peratus dan Sarawak sebanyak 148 peratus.  Daripada segi angka, pada tahun 1970 penduduk Sabah berjumlah 636,431 manakala pada tahun 2010 meningkat 3,120,040 juta penduduk. Secara bersihnya, penduduk Sabah pada tahun 2010 adalah 2,275,040 atas sebab seramai 840,000 adalah PATI.

Pertambahan penduduk Sabah sebenarnya hanya 1,638,609 untuk tempoh 40 tahun atau 257 peratus. Purata pertambahan penduduk Sabah adalah 6.4 peratus setahun berbanding Semenanjung Malaysia 4.10 peratus dan Sarawak 3.7 peratus.

Satu hakikat yang tidak boleh disangkal bahawa pada tahun 70an hingga tahun 80an, ramai penduduk Sabah terutama di pedalaman, pulau-pulau dan daerah-daerah terpencil majoritinya tidak mempunyai Kad Pengenalan. Malah, kampung-kampung di pinggir pekan pun ramai yang tidak mempunyai kad pengenalan diri pada masa itu.

Punca utama mengapa ramai rakyat Sabah mendaftar untuk mendapat Kad pengenalan diri apabila Kerajaan pada masa itu memperkenalkan  Amanah Saham Tun Mustapha.

Untuk mendapatkan saham itu, seseorang perlu mempunyai Kad Pengenalan dan mesti berumur 21 tahun dan ke atas.

Fenomena Saham Tun Mustapaha itu bukan sahaja ramainya penduduk Sabah berlumba-lumba untuk mendapatkan kad pengenalan diri. Malah menambah umur mereka bagi yang belum cukup berumur 21 tahun. 

Fenomina lain, pertambahan penduduk Sabah adalah disebabkan kadar kelahiran yang cukup tinggi bagi penduduk yang tinggal di luar bandar. Ramai pengkaji sosial dan pertumbuhan penduduk mengakui bahawa rakyat miskin cenderung mempunyai anak yang ramai berbanding mereka yang ada kedudukan daripada segi kehidupan.

Tambahan, poligami merupakan fenomena di kalangan penduduk miskin terutama di kawasan-kawasan terpencil. 

Pertambahan penduduk di kawasan pesisir pantai adalah lebih berbanding di kawasan pedalaman. Ini disebabkan oleh faktor kesuburan. Ianya diakui faktor utama kepada penduduk yang menjadikan makanan laut sebagai menu utama adalah lebih subur berbanding penduduk lain.

Jangan pelik jika mendengar bahawa seorang lelaki MAMPU mempunyai anak melebihi 40 orang. Dan ianya bukan cerita dongeng sebaliknya suatu fakta dan benar.

Secara puratanya, penduduk tinggal pesisir pantai rata-rata mempunyai 6 orang anak bagi seorang isteri. Cuba bayangkan seorang lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri. 

Pengkaji sosial berbeza pandangan dengan pengkaji statistik. Pengkaji sosial melihat pertambahan penduduk yang tinggi ada hubungan dengan 'faktor kemiskinan'.


NEGERI SABAH DIWAR-WARKAN sebagai negeri termiskin di Malaysia. Pengkaji-pengkaji sosial melihat ini adalah penyebab utama mengapa pertambahan penduduk Sabah meningkat diluar pertumbuhan biasa. 

Sebagai contoh, seperti negara jiran kita, Indonesia. Meskipun sejak tahun 70an telah memperkenalkan Keluarga Berencana. Namun negara itu berdepan dengan pertambahan penduduk yang cukup tinggi terutama di kampung desa, pendalaman dan kawasan-kawasan terpencil yang miskin.

Pertambahan penduduk Sabah bukan sahaja menjadi perhatian sejak 10 tahun lalu, malah sehingga kini. 

Pada masa sekarang, masih boleh dikatakan ramai lagi penduduk Sabah terutama di kawasan-kawasan terpencil tidak mempunyai sijil kelahiran. Malah baru-baru ini, Hakim Besar Borneo Tan Sri Richard Malanjun menemui ramai anak-anak Murut di Beluran Sabah masih tidak dapat meneruskan persekolahan atas sebab tidak mempunyai MyKad. Tiada Sijil Kelahiran, punca kepada kegagalan memiliki MyKad.

Ahli politik yang tinggal di bandar seperti Ahli Parlimen Penampang Darel Leiking tidak akan faham terhadap fenomena pertambahan penduduk yang disumbangkan oleh penduduk yang tidak mendaftarkan kelahiran anak. Kadar kelahiran yang tinggi di kalangan penduduk miskin serta kurang pengetahuannya mereka terhadap kewajipan memiliki dokumen tersebut adalah salah satu penyebab yang tidak sengaja dialpakan.

Satu jalan penyelesaian untuk mendapatkan gambaran sebenar berhubung pertambahan penduduk adalah perlu diwujudkan bancian penduduk yang memasukkan salasilah keluarga untuk mendapatkan maklumat jumlah penduduk yang merupakan penyebab pertambahan penduduk Sabah yang begitu tinggi. 

Bancian penduduk berasaskan kepala adalah tidak memadai kerana ianya tidak mampu dijadikan sebagai perungkai susur galur mereka. Jika cara ini ditempuh juga maka jangan terperanjatlah akan satu maklumat diketahui bahawa seseorang lelaki akan mempunyai ramai yang ber'bin' atau 'berbinti' kepadanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya sebagai orang asal sabah tidak setuju dgn tulisan ini..kami terdiri drpd pelbagai kaum tapi kami cukup kenal mana satu yg ori. Penulis juga tidak nyatakan bahawa pertambahan penduduk yang ketara adalah di kawasan bandar. Ini menunjukkan bahawa dakwaan 'daftar lewat' oleh pnduduk pedalaman adalah salah.

    Malah kawasan2 yang didakwa penulis sbg kawasan baru dijumpai dgn pnduduknya yg belum berdaftar adalah kawasan setinggan...dgn identiti penduduk yang begitu berbeza dgn orang asal sabah.

    Mungkin kaum UMNO mampu beranak pinak sehingga 40 org dlm sepanjang hayat. Tetapi jika di kawasan pedalaman sabah yg masih kekalkan adat tradisional, poligami adalah satu taboo. Sedangkan berdating pun boleh dikenakan sogit. jika penulis mendakwa mereka beragama islam yg mbenarkan poligami, maka di mana logiknya bahawa mereka yg telah memeluk agama tapi belum mendaftar di jpn.

    Apa komen penulis ttg penceroboh sulu yg terkorban kemudian mereka dikebumikan di sabah kerana mempunyai ic?

    Sesuai dgn nama blog.. Blog ini adalah fitnah semata-mata atas tujuan untuk mengaburi fakta mengenai status sabah dan hak rakyat sabah.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana memberi komen dan maklum balas kepada artikel ini. Bahas dan mengutarakan adalah penting. Lebih-lebih lagi, hal politik semasa di negeri kita kerana siapa tak cintakan negeri sendiri?

    Sebelum tu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Joe Labi kerana memaklumkan kepada komen ini.
    Saya ingin memberi jawapan yang TEGAS dan JELAS kali ini dan bukannya menyindir. Saya harap saudara nangoi faham.


    Saudara nangoi...Sayang sungguh ya saudara yang mengaku penduduk asal namun tidak mengenal rakyat sendiri. Tidak mengenal budaya negeri sendiri. Tidak mengenal adat istiadat negeri sendiri.

    Banyakkan perjalanan kerana semakin jauh perjalanan maka banyak pemandangan dan banyak pengalaman.

    Saudara sudah mengesahkan diri anda hanya berpusing-pusing di kampung sendiri dan menimbulkan perkara sogit. Nyata, saudara berasal daripada kaum KDM yakni mengamal sogit. Anda juga menyatakan bahawa "poligami" adalah taboo. Saudara juga sudah mengakui bahawa anda sebenarnya hanya mempunyai akses pada budaya sendiri akan tetapi tidak mempunyai akses kepada 31 budaya etnik lain di Sabah.

    Sekali lagi saudara hanya berpusing-pusing di kampung anda tetapi ada 31 sukuan pun saudara tidak tahu. Bagaimana pula anda mengetahui pengganas yang terbunuh di Kg Tanduo, Lahad Datu pada Mac lalu mempunyai IC Sabah? Atas sebab itu, dengan dikuburkan tanpa nisan di beberapa lokasi rahsia di Sabah.

    ReplyDelete

Item Reviewed: FAKTA SEBENAR Mengapa Penduduk Sabah Meledak? Description: Rating: 5 Reviewed By: Anonymous
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook