Latest News

Thursday 4 December 2014

Fakta Sebenar Sabah dan Sarawak Pengeluar Minyak Tapi Miskin?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Negara Sabah dan Negara Sarawak banyak telaga minyak dan... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

UKURAN miskin dan kayanya sesebuah negeri itu tidak semestinya terletak kepada apakah negeri itu adalah pengeluar minyak atau tidak. 

Selangor bukanlah pengeluar minyak akan tetapi negeri termaju dan terkaya di Malaysia. Demikian juga Pulau Pinang juga bukan negeri pengeluar minyak begitu juga negeri Johor.

Mengukur kekayaan sesebuah negeri dengan mengaitkan dengan minyak adalah tidak tepat melainkan keluaran minyak sesebuah negeri itu menyamai keluaran minyak seperti negara Arab Saudi.

Keluaran minyak negara secara keseluruhan hanya 700,000 ribu tong sehari. Dengan jumlah itu, Malaysia masih dianggap sebagai BUKAN pengeluar minyak menurut takrifan OPEC (Organisation of the Petroleum Exporting Countries).

Kekayaan sesebuah negeri itu sangat bergantung kepada kegiatan ekonomi domestik selain sumbangan ekonomi luaran seperti sektor pelancongan. Kedatangan pelancong lebih berdaya maju berbanding carigali minyak kerana pendapatan daripada pelancong adalah pasti. Manakala carigali minyak pula adalah umpama seperti mencari jarum ditumpukan kepada jerami. Tuah apabila telaga minyak dijumpai dan malang nasib maka hanguslah pelaburan ratusan juta ringgit.

Kalaulah dijumpai sumber tenaga alternatif yang boleh menggantikan minyak, sudah pasti tiada syarikat melabur pada carigali minyak lagi. Namun, disebabkan tiada sumber alternatif yang cepat digunakan sebagai tenaga, maka tiada pilihan melainkan carigali minyak mesti diteruskan meskipun untuk menjumpai sebuah telaga minyak memerlukan kos yang sungguh besar dan sangat mencabar.

Bayangkan, kos untuk mengeluarkan setong minyak mentah adalah 70-77 dolar. Namun kini harga sudah menurun pada paras RM73-75 setong; ertinya operasi carigali minyak pada masa ini adalah dalam keadaan rugi atau dalam keadaan pulang pokok.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook