Latest News

Monday 8 December 2014

FITNAH Sabah Dan Sarawak Ditipu Malaya!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah Dan Sarawak TERTIPU oleh Blog SABAH AND SARAWAK RIGHTS (screenshot)

SEJAK merdeka, Sabah dan Sarawak diketuai oleh pemimpin Sabah dan Sarawak bermula daripada Ketua Menteri sehingga ke Tuan-Yang-Terutama.

Hingga kini, Sabah dan Sarawak mempunyai autonomi imigresen sehingga kepada penduduk Semenanjung yang masuk ke Sabah dan Sarawak iaitu memerlukan passport. Malah,  jika seseorang atau kumpulan daripada Semenanjung itu tidak disenangi oleh Sabah dan Sarawak, maka tidak akan dibenarkan masuk pada sebarang pintu masuk dua buah negeri itu.

Sejak merdeka, semua agensi kerajaan negeri diterajui oleh orang Sabah dan Sarawak sendiri termasuklah beberapa agensi persekutuan yang beroperasi di Sabah dan Sarawak. Ramai rakyat Sabah dan Sarawak dilantik beberapa agensi di Semenanjung sesuai dengan semangat persekutuan.

Tanah dari merdeka adalah milik negeri, harta karun daripada bumi Sabah dan Sarawak adalah milik negeri, kecuali industri padat modal minyak dan gas; di mana Sabah dan Sarawak mendapat bayaran tunai 5 peratus pada sebarang produksi/penjualan.

Kewujudan Parti Besar seperti UMNO di Sabah merupakan peluang pemimpin negeri itu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Sabah perlu berbangga kerana akan mengikuti jejak negeri Pahang, Kedah, Pulau Pinang dan Johor menjadi Perdana Menteri pada sebuah negara Persekutuan yang besar.

Mereka yang menuduh bahawa Sabah dan Sarawak tertipu adalah mereka yang baru keluar daripada Gua Niah dan Gua Gumantong! Yakni, bagaikan rusa masuk kampung, terperanjat dengan keadaan sekeliling!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook