Latest News

Tuesday 2 December 2014

Generasi Muda Jangan Mudah Tertipu: Maximus Ongkili

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)
Maximus Ongkili is a traitor who shook hands...oleh FB Page The VOICE of Borneo (screenshot)


GENERASI muda Sabah jangan mudah tertipu oleh hasutan-hasutan, pembohongan yang dilakukan oleh agen Penjajah seperti Doris Jones.

Doris Jones yang kini menetap di London, sudah terbeli dan  dicuci otaknya untuk dijadikan keldai asing, untuk menghasut, agar Sabah dan Sarawak bergolak.

Penjajah asing masih teringat bagaimana mereka mengangkut, menguasai harta Sabah dan Sarawak malah rakyatnya sendiri sebelum merdeka.

Penjajah ingin kembali menguasai Sabah dan Sarawak namun mereka tidak boleh melakukannya, kerana dua negeri itu berada dalam naungan negara berdaulat, dan merupakan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mereka (penjajah) merekrut orang asal, kerana sebelum ini, usaha mereka melalui aktivis warga Swiss Bruno Mansser, telah gagal.

Kini mereka berjaya merekrut Doris Jones, dan beberapa orang daripada Sarawak, kerana dengan merekrut orang asal, adalah mudah berkomunikasi kerana mengerti latar belakang warga asal. 

Penjajah mempergunakan pendekatan epal untuk epal, nanas untuk nanas, ular untuk ular.

Melalui agenda tersusun dan dinamik, dengan keupayaan multimedia dan internet Doris Jones menubuhkan kegiatan melalui facebook dan blog dengan menamakan kumpulan mereka sebagai SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia) dan rangkaian mereka seperti the voice of Borneo menabur pembohongan melalui dunia siber.

Imbuan Timbalan Presiden PBS- Datuk Maximus Ongkili adalah tepat. Sebagai seorang pemegang ijazah PhD, beliau tahu, apa yang diperkatakan, untuk masa depan generasi muda Sabah dan Sarawak.

Generasi muda, perlu menanamkan jatidiri dan jiwa patriotik sebagai penerus kepimpinan di masa depan, agar Sabah terus maju bersama Malaysia.

Maximus melihat, bagaimana negara-negara kesatuan Soviet yang telah berpecah, walaupun negeri-negeri itu mendapat kemerdekaan, namun keadaan rakyat bukan semakin baik, malah semakin teruk.

Kemerdekaan Sabah hanya 51 tahun, suatu jangka masa yang pendek, berbanding kemerdekaan negara-negara lain yang berusia ratusan tahun. Dalam usia hanya setengah abad, setidak-tidaknya kita mampu mengejar ketinggalan, di mana tidak pernah dialami oleh negara-negara yang lebih dahulu merdeka.

Hasutan petualang-petualang bangsa, sebenarnya mempunyai tujuan menghancur negeri, bukan mempertahankannya. Mereka mahu kembalikan rakyat Sabah miskin, agar mudah diperkotak katikan.

Di negara ini, sesiapapun bebas mencari pendidikan, mencari sumber pendapatan, dan apapun kegiatan tanpa halangan. Malah dibidang pendidikan, bermula daripada tahun satu hingga tinggkatan enam adalah percuma. Sebenarnya, rakyat Sabah terbela di semua bidang; misalnya kesihatan, keselamatan dan sebagainya.

Sebenarnya, orang asing cemburu dengan kejayaan dan kebebasan rakyat Sabah, atas sebab itu mereka mencari orang-orang seperti Doris Jones untuk melakukan kekacauan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook