Latest News

Monday 22 December 2014

Isu Graduan? Penganggur? Cerewet Dengan Tawaran Kerja?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sy mo tanya kamu semua... Oleh FB PAGE North Sabah (screenshot)

PERSEPSI seperti yang dikatakan Datuk Masidi Manjun bahawa graduan hanya memikirkan selepas tamat belajar adalah bekerja makan gaji dan berjawatan tinggi adalah betul.

Graduan terlupa misi belajar bukanlah matlamat yang sedemikian. Misi graduan sebenarnya bukan untuk berkerja dengan orang lain. Akan tetapi mencipta peluang untuk orang lain.

Bekerja dengan orang sama ertinya memenjarakan diri sendiri. 

Disebabkan anggapan graduan hanya bekerja dengan makan gaji dan kerja yang diharapkan adalah berjawatan tinggi adalah penyebab utama jumlah graduan menganggur tinggi di negera ini termasuk Sabah dan Sarawak.

Graduan yang mempunyai persepsi demikian sebenarnya telah gagal menyahut seruan kerajaan yang memberi mereka peluang belajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Ianya agar supaya selepas mereka menamatkan pendidikan, mereka akan dapat mencipta peluang-peluang yang belum difikirkan oleh orang lain. 

Kerajaan memberi pelbagai kemudahan untuk mereka belajar menimba ilmu dan bukannya untuk menjadi kuli sebaliknya menjadi tauke atau bos. 

Sayang sungguh! Selepas menamatkan pelajaran, mereka pula menuding jari kepada pihak kerajaan yang memberi mereka peluang.  This is the fact!!

Kalaulah demikian, adalah lebih elok jangan diberi peluang belajar tinggi-tinggi agar supaya tidak  menjadi beban kepada kerajaan mencari pekerjaan untuk mereka. Adalah lebih baik kerajaan membina kilang-kilang yang hanya memerlukan pekerja 'berkolar biru'? Sudah tentu kerajaan tidak akan berbuat demikian kepada anda.

Kepada para graduan, ingat misi anda semasa proses menimba ilmu di menara gading. Anda ditugaskan untuk mencipta peluang dan ruang dan bukannya menjadi pekerja pada orang lain. Ingat tu......We love you..... Andalah generasi akan datang yang satu-satunya menjadi pengganti dan menerajui negeri Sabah mahupun negara yang tercinta kelak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook