Latest News

Thursday 4 December 2014

HAK BERPISAH Sabah dan Sarawak?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Perbezaan antara point 18 & 20 Points... Oleh Blog SSKM - SSU(UK) (screenshot)

BERPISAH adalah sesuatu yang ganjil bagi mereka yang bahagia. Lain halnya kalau salah seorang daripada sebuah perkahwinan yang bahagia itu bermain kayu tiga iaitu berselengkuh kerana berjaya diperdaya oleh pujukan bulan bintang oleh pihak ketiga.

Perpisahan dalam keluarga bahagia boleh sahaja berlaku sekiranya salah seorang pasangan itu memang ada terselubung sifat tidak setia. Boleh sahaja berlaku perpisahan dalam keluarga bahagia jika salah seorang terpedaya dengan momokan imaginasi dan khayalan.

Doris Jones melalui SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia) dan MOSIK (Momogun Movement Self-Determination) kumpulan daripada Kota Marudu adalah sebahagian kecil kumpulan yang termasuk dalam kumpulan yang tidak setia; kumpulan yang dikhayalkan dengan imaginasi bulan bintang atas sebab berjaya dirayu oleh kumpulan asing luar yang mempunyai agenda menjajah semula ke Sabah dan Sarawak.

Bagi Doris Jones, setiap rakyat Sabah yang terpengaruh mengikuti tindakannya merupakan pendapatan yang bernilai ribuan Paun sterling. Doris mengukur pendapatannya melalui "like" atau "share" dalam laman sosialnya. Semakin banyaknya "share" dan "like", maka $$$$$ masyuuuuk!!!!....

Kumpulan SSKM dan MOSIK berselindung di sebalik pemisahan untuk mendapatkan sumber kewangan dan kebetulan ada yang sanggup menjadi penaja iaitu orang asing. Orang asing itu telah lama berangan-angan bagaimana membolot harta Sabah dan Sarawak semula yang pernah mereka kuasai sebelum tahun 1963.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook